Rakyat

Belasah Ibu Guna Kerusi Plastik Gara-Gara Motosikal Kena Tarik

6
SHARES

Siapa yang sanggup mencederakan ibu sendiri yang mengandungkan kita selama 9 bulan seperti menatang minyak yang penuh bukan? Tidak sanggup untuk melihat ibu berada dalam kesakitan tapi lain pula dengan kisah ini.

Terbaharu, seorang lelaki yang baru keluar penjara dikatakan membelasah ibunya menggunakan kerusi plastik. Hal ini kerana dia  semata-mata berang motosikalnya ditarik pihak kedai, dalam kejadian di rumah panjang, di Sibu, semalam.

Baca juga: [VIDEO] Gara-Gara Nak ‘Selamatkan’ Ultraman, TV Yang Retak!

BELASAH IBU GUNA KERUSI PLASTIK, MOTOSIKAL KENA TARIK

Dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, si ibu mengalami bengkak di kepala dan luka di tangan kiri akibat perbuatan anaknya itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat, berkata suspek yang di luar kawalan bertindak memukul ibunya menggunakan kerusi plastik.

“Akibat tindakan suspek, ibunya mengalami bengkak di kepala dan luka di tangan kiri,” katanya, mengikut laporan Utusan Borneo.

Menurut laporan, punca suspek bertindak sedemikian adalah kerana tidak berpuas hati dengan ibunya apabila motosikalnya ditarik oleh pihak kedai kerana perjanjian sewa beli tidak dipatuhi.

Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau ditangkap polis susulan menerima panggilan daripada ibu suspek pada jam 11.40 pagi. Suspek kini direman empat hari sehingga 29 Ogos untuk membantu siasatan lanjut.

Bukan itu sahaja, sebuah kerusi plastik yang dikatakan digunakan untuk memukul ibunya juga turut dirampas sebagai barang bukti kes.

Difahamkan, suspek baharu sahaja keluar dari Penjara Sibu setelah menjalani hukuman penjara lima bulan atas kesalahan mengikut Seksyen 324/326a Kanun Keseksaan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×