Inspirasi

Belajar Bahasa Bangladesh & Pakistan Nak Mudahkan Proses Vaksinasi, Gadis Ini Dipuji Ramai!

36
SHARES

Umum mengetahui mengenai berita yang tular sebelum ini mengenai warga asing yang tidak memahami prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk mengambil vaksin.

Kebanyakkan mereka yang hadir tidak dapat bertutur bahasa Melayu mahupun Inggeris. Jadi, ia akan menyukarkan proses pemerhatian ketika sukarelawan menjalankan tugas.

Baca juga: [VIDEO] Susun Elok-Elok & Tak Campak Setiap Kali Hantar Barang, Lelaki Ini Terima Pujian

BELAJAR BAHASA BAHARU UNTUK PROSES VAKSINASI BERJALAN LANCAR

Menerusi perkongsian seorang sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin Bukit Jalil, dikenali sebagai Ain Syawani, dia mengambil inisiatif untuk pelajari dua bahasa iaitu Bangladesh dan Pakistan ialah untuk memudahkan komunikasi bersama warga asing selain turut mampu melajukan proses tersebut.

Dia juga sempat memberi beberapa kesedaran buat orang lain untuk sentiasa menghormati antara satu sama lain tidak kira bangsa atau agama. Tambahnya lagi, setiap kebaikan yang dilakukan kepada orang lain, pasti akan dibalas semula dengan kebaikan yang akan diberikan oleh Allah SWT.

Perkongsian video berdurasi satu minit itu menerima respon positif daripada warganet yang memuji kemurniaan hati Ain dan turut mendoakan agar segalanya dipermudahkan. Sehingga kini lebih 20,000 likes diterima dan 300,000 tontonan.

Sumber: Twitter Ain Syawani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×