Sihat

AWAS! Peniaga Bazar Ramadan Guna Ubat Stapler Untuk Bungkus Makanan Akan Dikompaun

48
SHARES
bazar ramadan

Sudah pasti ramai yang sangat seronok mengunjungi bazar Ramadan yang hanya ada ketika bulan puasa sahaja bukan? Namun, di sebalik keseronokan ini, terdapat pelbagai rungutan dalam kalangan rakyat yang juga merupakan pembeli tentang kualiti makanan yang dijual. Bukan itu sahaja, ada juga yang menggunakan ubat stapler atau dikenali sebagai dawai kokot sebagai pelekat antara bungkusan makanan. Bahaya!

KOMPAUN PENIAGA BAZAR RAMADAN KALAU GUNA UBAT STAPLER

bazar ramadan

Oleh itu, peniaga makanan yang menggunakan stapler atau dawai kokot untuk membungkus makanan boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM), tegas Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus.

Ujarnya lagi menerusi laporan Samudera, penggunaan dawai kokot pada pembungkus makanan boleh dikategorikan sebagai salah satu pencemaran makanan. Bukan itu sahaja, ia juga sangat merbahaya untuk kanak-kanak yang membuka bungkusan makanan tersebut secara sendiri.

“Kalau kita lihat ‘stapler’ itu sendiri agak bahaya dan jika termasuk dalam makanan boleh membahayakan kepada individu terutama anak-anak kecil.Ini merupakan satu inovasi baharu yang tidak sepatutnya berlaku.

Portal tempatan melaporkan, tinjauan mereka di beberapa buah bazar Ramadan di daerah Kuantan mendapati hampir kesemua peniaga menggunakan dawai kokot untuk membungkus makanan kerana ia dikatakan lebih mudah dan cepat. Jadi, diharapkan semua bazar Ramadan di seluruh negara mempraktikkan perkara yang sama.

bazar ramadan

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan, peniaga makanan yang menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Malah, hukuman lebih berat boleh dikenakan sekiranya bahan itu ditemui dalam makanan. Oleh itu, sama-samalah kita menjaaga keselamatan dan kebersihan makanan supaya rezeki yang diperolehi diberkati.

Sumber: Samudera.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×