Inspirasi

Kecil Lagi Pun Handsome, Wajah Terbaharu Anak Lelaki Pelakon Marimar Buat Orang Ramai Cair

10K
SHARES

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon cantik manis dari negara Filipina bernama Marian Rivera bukan? Popular menerusi drama rantaian Marimar yang dipertontonkan di televisyen Malaysia, populariti pelakon ini makin melonjak apabila melangsungkan perkahwinan bersama Dingdong Dantes yang merupakan ‘hero’ di dalam drama tersebut. Memang secocok!

PASANGAN POPULAR NO 1 DI FILIPINA

Pada tahun 2015, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Maria Letizia Dantes yang kini berusia 4 tahun. Ternyata, Maria Letizia mendapat perhatian ramai kerana mempunyai raut wajah yang sangat comel sehingga dipaparkan di kulit majalah popular Filipina ketika masih bayi lagi.

MARIA LETIZIA DAH DAPAT ADIK LELAKI, HANDSOME!

Pada bulan April tahun ini, Marian Rivera juga telah melahirkan anak kedua iaitu baby boy yang diberi nama Jose Sixto Dantes atau dikenali dengan nama Baby Ziggy. Baby Ziggy yang sudah berumur 4 bulan ini turut mendapat populariti yang sama seperti kakaknya apabila orang ramai memuji wajah bayi yang sangat comel ini. Kecil lagi pun dah nampak kacak macam ayahnya!

Memang comel dan cantik belaka genetik dari keluarga ini kan? Semoga Marian Rivera dan Dingdong Dantes dikurniakan lebih ramai cahaya mata supaya kita boleh tengok lagi anak-anak mereka yang comel-comel!

Sumber : Marian Rivera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×