Taska / Tadika

Ditemui Tertiarap & Kebiruan, Bayi 4 Bulan Maut Ketika Tidur Di Taska

351
SHARES

Seorang bayi perempuan berusia 4 bulan dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas ketika meniarap semasa tidur di sebuah taska di Kuala Terengganu pada Isnin, 20 Mei 2019.

Bayi Ditemui Dengan Wajah Kebiruan, Tak Sedarkan Diri

Bayi tersebut, Dayangku Nur Alya Mariyam Awangku Hazrin dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan wajahnya kebiruan dan tidak sedarkan diri oleh petugas taska kira-kira jam 10 pagi.

Menurut ibu mangsa Syahirah Mhd Ali, 31 tahun sejurus dimaklumkan insiden itu dia bergegas ke taska berkenaan sebelum mendapati anaknya itu dalam keadaan lemah dan tak bermaya.

Beliau bergegas membawa anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut namun telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi.

Ibu Redha, Tak Salahkan Taska

Menurut laporan, ibu kepada bayi tersebut enggan anaknya dibedah siasat selain berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada semua pihak termasuk pihak pengurusan taska berkenaan.

“Dia suruh datang ke taska, tengok anak. Jadi saya datang, memang anak (dah) biru.

“Memang saya tak salahkan pihak taska sebab anak saya baru belajar meniarap, dia lemas sebab tu lah,”

Syahirah berkata, meskipun dia kehilangan arwah pada hari lahir suaminya yang ke 34, tetapi dia redha dan menerima ujian ini sebagai ketentuan dari-Nya.

Kes Masih Dalam Siasatan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din mengesah menerima laporan kejadian dan kes masih dalam siasatan.

 

*Sumber: Astro Awani, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×