Famili

Bayi 6 Bulan Maut & Ibu Cedera Parah Nahas 3 Kenderaan

26
SHARES

Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut manakala ibunya parah dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer (KM) 75 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu di Kampung Air Sejuk, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 4 petang.

Baca juga: Murid Tahun Tiga Cedera Dipukul Ayah Rakan Sekolah

BAYI 6 BULAN MAUT & IBU CEDERA PARAH NAHAS 3 KENDERAAN

Kejadian itu membabitkan Proton Saga FLX, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser serta motosikal jenis Honda Wave, lapor BH Online.

Mohammad Qais Rizqi Shafiee, enam bulan dari Padang Jawa, Klang, Selangor yang menaiki Proton Saga bersama keluarganya, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bapa mangsa yang memandu kereta dan dua lagi anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan awal mendapati bayi itu bersama ahli keluarganya dalam perjalanan dari Rantau Panjang, Kelantan ke Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah Toyota Unser dipandu seorang lelaki dari arah Kuala Terengganu menghala Kota Bharu dikatakan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Saga terbabit.

“Tidak lama kemudian, penunggang motosikal jenis Honda Wave dari arah sama dengan Toyota Unser tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan Proton Saga berkenaan,” jelasnya.

Ibu kepada bayi berkenaan yang dikenali Nurul Ain Zulkarnain, 29, dilaporkan patah kaki kiri. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×