Kewangan

Bayaran GKP 4.0 Fasa 1 RM500 Dikreditkan Hari Ini

13
SHARES
gkp 4

SEMAKAN & TARIKH BAYARAN GKP 4.0 FASA 1 (RM500)

Berita baik buat penerima GKP 4.0 (Geran Khas Prihatin), bayaran RM500 Fasa 1 boleh disemak mulai 21 September di akaun bank masing-masing.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan RM500 juta bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 dalam usaha menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro.

gkp 4

Bayaran GKP 4.0 Akan Dibuat 2 Kali

“Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 (RM500).

“Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta,” ujar beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah DS Ismail Sabri, pembayaran GKP 4.0 ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.

Apakah GKP 4.0?

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Syarat Kelayakan GKP

Syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  4. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021; dan
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

Cara Semakan Status & Bayaran GKP 4.0 Fasa 1

Mereka yang layak boleh membuat semakan kelulusan mulai 20 September ini menerusi portal rasmi Geran Khas Prihatin (GKP).

Sila ikuti langkah berikut untuk membuat semakan status:

  1. Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti di bawah

semakan bayaran gkp 4.0

Sekiranya anda lulus, anda akan menerima bayaran bermula 21 September secara berperingkat.

Sila buat semakan bayaran melalui akan bank masing-masing yang telah didaftarkan semasa permohonan.

Harapan Agar Bantuan Ini Dapat Menggerakkan Sektor PKS

Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak Covid-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.

Diharapkan bantuan ini dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia.

“Kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik Covid-19.

“Semoga dengan bantuan ini, peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai,” ujar Perdana Menteri.

Baca juga : Cara Semak Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan Sebelum Kahwin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×