Rakyat

Baru Sejam Kehilangan Ibu, Jadi Yatim Piatu Selepas Ayah Pula ‘Pergi’ Akibat Covid-19…

28
SHARES

Saban hari berita kematian keluarga tersayang akibat Covid-19 semakin meningkat di negara kita. Kepergian orang tersayang akibat wabak ini sangat memberi impak yang dalam terhadap diri masing-masing.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah yang sesuai dikatakan buat enam beradik apabila mendapat berita sedih tentang pemergian ibu bapa mereka.

Baca juga: Baru 2 Jam Dilahirkan, Bayi Perempuan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

SATU JAM SELEPAS KEHILANGAN IBU, AYAH PULA MENINGGAL DUNIA

Kejadian sedih berlaku di Tumpat, Kelantan ini menyebabkan mereka menjadi anak yatim piatu apabila ibu dan bapa meninggal dunia akibat Covid-19.

Menurut laporan BH Online, bapa mereka, Mahammod @ Omar Muhammad, 71, menghembuskan nafas terakhir selepas satu jam setengah ibu mereka meninggal dunia.

Anak mereka, Zuraida Mahamood, 32 tahun berkata kedua-dua mereka seperti ‘sehidup semati’ kerana tidak pernah berenggang hingga akhir hayat.

“Emak dimasukkan ke Hospital Tumpat, dua minggu lalu, selepas kerap demam dan kemudian disahkan positif COVID-19. Ketika itu, ayah yang berada di rumah turut menunjukkan gejala sama sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu,” ujarnya.

Selain itu, Zuraida turut berkata, keenam-enam mereka reda dengan pemergian ibu dan ayah walaupun berasa amat ralat kerana tidak dapat melihat wajah insan tersayang buat kali terakhir.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×