Rakyat

Baru 2 Jam Dilahirkan, Bayi Perempuan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

152
SHARES

Sudah menjadi lumrah setiap pasangan suami isteri untuk mempunyai cahaya mata. Itu membuktikan cinta dan sayang perkahwinan yang terjalin. Walau bagaimana pun, ketentuan Allah SWT adalah lebih baik daripada kita hambanya yang merancang.

Baca juga: Mak Ayah Meninggal Sebab Covid-19, Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

BAYI PEREMPUAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19

Begitulah yang dirasakan sepasang suami isteri yang baru sahaja menimang cahaya mata kelima bertukar momen sedih dan duka setelah bayi perempuan mereka meninggal dunia selepas dua jam dilahirkan.

Kejadian ini berlaku Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Kedah kelmarin. Menerusi laporan Utusan, Bayi perempuan itu meninggal dunia akibat dijangkiti virus Covid-19.

Bapa bayi itu, Abd. Jalil Mohd. Taha, berusia 56 tahun, berkata, isterinya, Azreen Farina Azmi, 38, yang positif Covid-19 melahirkan bayi pramatang enam bulan itu kira-kira pukul 5 pagi namun telah disahkan meninggal dunia pada pukul 7 pagi.

“Saya sangat bersyukur dengan kehadiran bayi ini dan diharap dapat menceriakan lagi keluarga kami. Bagaimanapun selepas dua jam bayi seberat 500 gram dan cukup sifat ini dilahirkan, saya dimaklumkan dia meninggal dunia.

“Saya terkilan tidak sempat menatap wajah bayi tersebut kerana tidak dapat ke hospital disebabkan masih dikuarantin di rumah,” jelasnya.

UJIAN SWAB TEST KETIKA DI HOSPITAL

Menurut Abd Jalil, dia pada mulanya menghantar isterinya ke sebuah pusat bersalin swasta kerana mengadu sakit hendak bersalin. Setelah menjalani ujian swab test, isterinya didapati positif Covid-19 tahap empat. Azreen Farina dibawa ke HSB untuk rawatan lanjut.

“Isteri saya menerima rawatan di HSB sehingga isteri saya bersalin pada pukul 5 pagi semalam (kelmarin). Kesihatan isteri saya pula dilaporkan stabil selepas bersalin. Saya reda dengan pemergian anak kami yang kelima itu walaupun tidak dapat menatap wajahnya,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×