Rakyat

Baru Hari Pertama Hantar Rumah Pengasuh, Anak Dah Ada Kesan Lebam?

30
SHARES

Menghantar anak-anak ke rumah pengasuh menjadi pilihan terutama sekali bagi ibu bapa yang bekerja. Hal ini supaya anak-anak dapat dijaga dengan rapi ketika ibu bapa berada dan tempat kerja dan akan dijemput pulang setelah selesai bekerja. Namun, menjadi kerisauan ibu bapa apabila lambakan kes penderaan yang melibatkan pusat asuhan yang semakin berleluasa.

Bagitu juga dengan kisah yang dikongsikan ini apabila anak yang dihantar baru pertama kali sudah pulang dengan kesan lebam di tangan. Siapa yang buat?

Baca juga: Badan Anak Penuh Kesan Lebam & Luka Ditoreh Selepas Pulang Dari Rumah Pengasuh

BARU HARI PERTAMA HANTAR RUMAH PENGASUH DAH ADA KESAN LEBAM?

Seperti perkongsian dari seorang ibu di laman Facebook ini menceritakan kisah apabila berlaku situasi bayinya yang baru pertama kali dihantar ke pusat asuhan, pulang dengan kesan lebam di lengan. Apa yang merunsingkan lagi adalah apabila bertanyakan mengapa perkara tersebut berlaku, pihak pengasuh seolah-olah mahu lari dari kenyataan yang betul.

Salam semua. Saya nak tanya pendapat korang rasa ni sebab apa? Baru 1st day hantar pengasuh (sampai rumah pengasuh pukul 8.15am) then saya & husband ambil baby pukul 1pm sebab dah rasa pelik. Dah buat report polis & dah pergi hospital Shah Alam. Sekarang polis tengah siasat lagi.

Saya malas nak cerita panjang-panjang disini.Tak nak ganggu siasatan polis..tengah tunggu polis update lagi. Pengasuh?? Play victim & petik butang agama. Dapat contact number pengasuh dalam group ni. Mohon sapa-sapa yang ada experience macam saya komen. Tq

****Edited: Saya nak elakkan dari reveal nama dia takut korang pegi cari fb dia. Pengasuh duduk dekat pusat komersial seksyen 7 atas warung geprek. Sape tengah cari pengasuh mesti tau kn rumah pengasuh korang dkt mana..so hati-hati
Ada yg tanya macam mana saya tau ada something fishy? Pengasuh tak habis-habis ws mengadu baby nangis non-stop..biasa lah 1st day kan lagipun baby pkp pulak.

“YANG BETUL IKHLAS JE BOLEH JAGA..”

Menjengah ke ruangan komen apabila ibu ini juga turut bertanyakan kepada orang ramai jika mempunyai pengalaman yang sama. Ramai yang memang risau dan trauma akan perkara sebegini sekiranya ingin menghantar anak-anak ke pusat asuhan. Ternyata orang yang betul-betul ikhlas dan sayang akan kanak-kanak sahaja yang mampu berhadapan dengan kerenah mereka.

Sumber: Hazirah Khairi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×