Pantang

Bagi Mak-Mak Yang Baru Bersalin Atau Bakal Bersalin, Ini 3 Barang Anda Wajib ‘Standby’!

3
SHARES

Bila bakal menyambut kelahiran cahaya mata, pastikan segala persiapan telah dilakukan terumata sekali barangan keperluan si bayi. Namun, buat ibu yang bakal melahirkan atau baru sahaja melahirkan anak anda kena tahu bahawa barang keperluan buat ibu dalam berpantang juga adalah penting.

Bekas jahitan dan luka selepas bersalin pastinya akan menjadi kerisauan buat si ibu, jadi perkongsian di laman Facebook dari Nasha Zaneth ini mencadangkan supaya para ibu dah ‘standby’ tiga barang ini supaya luka jahitan mudah untuk hilang dan kurang sakit.

1. Palmer’s Nursing Butter

Untuk mengelakkan nipple crack. Bila dah bersalin anak msti nak susu kan. So sapu dulu dekat lingkaran nipple bagi lembab baru susukan anak. Kalau terus sumbat je tu yang jadi nipple crack. Bila nipple dah crack ko taulah mcm kena sambar petir bila anak sedut.. silap-silap berdarah. Lepas menyusu pun sapu lagi..jangan tinggal.

2. Duphalac

Untuk melawaskan tahi supaya lembut.

Minum benda tu sehari dua kali. Kalau tak berak lagi dalam masa 3 hari jangan risau teruskn je mnum. Sebab dia akan mengeluarkn tahi secara semulajadi. Bukan minum terus nak terberak. So bila tahi lembut hati pun manyak senang.

3. Solcoseryl

Sapu dekat jahitan.

Banyak feedback menyatakan benda tu bagus. Jahitan cepat pulih. Jahitan kena jaga tau. Kalau terkoyak balik alamat jahit balik. Kalau ko tak nak jahit nanti dia akan busuk. Miss v kena jaga elok-elok. Biarlah tak banyak bergerak dalam masa 2 minggu yang pantang jahitan kena sembuh dulu. Selamat berpantang!

Sumber: Nasha Zaneth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×