Hebahan

Cara Mohon Bantuan Persekolahan YAPEIM Untuk Pelajar Sekolah Rendah, Menengah & IPT

2.6K
SHARES

Bila tiba musim persekolahan, ayah dan ibu akan mempersiapkan kelengkapan sekolah anak-anak. Sesetengah keluarga yang anaknya ramai mungkin terbeban ketika menyiapkan kelengkapan-kelengkapan itu. Tapi, tahu tak keluarga yang berpendapatan B40 boleh memohon bantuan kewangan daripada YaPEIM dan tarikh permohonan sah sehingga 31 Januari 2020!

DANA INSPIRASI MALAYSIA

Bantuan Persekolahan YAPEIM. Bagi golongan keluarga (B40) untuk pelajar Sekolah Menengah maksima RM 500 juga untuk pelajar Sekolah Rendah maksima RM 500. Untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi maksima RM 1000.

HANTAR KE PEJABAR AR-RAHNU YAPIEM

Hantarkan borang permohonan anda ke Pejabat Ar-Rahnu YAPIEM yang berdekatan. Masa hantar borang tu kena lampirkan salinan dibawah :

1.IC ibu/ayah

2.Sijil kelahiran anak

3.Sijil nikah

4.List bayaran yuran sekolah

5.Slip gaji / pengesahan pendapatan bagi yang tak ada slip gaji

6.Salinan akaun bank ibu/ayah

7.Surat akuan sekolah

Dah complete semua kat atas ni korang kena pergi tandatangan pula setiap helai salinan tu dekat ketua kampung. Bantuan Persekolahan YAPEIM untuk keluarga B40 pelajar sekolah menengah dan rendah. Maksima bantuan RM500 satu keluarga.

NOTA:

Bagi yang ada masalah untuk print borang ini cuba dapatkan borang dekat cawangan YAPIEM berdekatan ye. Isi maklumat dan hantar ke YAPIEM berdekatan. Keutamaan kepada pelajar baru darjah 1, tingkatan 1 dan pelajar yang sambung belajar ke IPTA/ IPTS.

Terima Kasih.

Borang boleh print terus dari FB.

Sumber: Mohd Fariz , Mazhennakb Gagah , YaPEIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×