Famili

Penghulu Asingkan Barang Bantuan Banjir Khairul Aming, Tindakan Betul Supaya Sama Rata

2
SHARES
BANTUAN BANJIR

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai tindakan penghulu yang difahamkan mengasingkan barang bantuan banjir pemberian Khairul Aming di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat 1.

Walau bagaimanapun, menurut Penggawa Jajahan Tumpat, Abdullah Farizal Mohd Asri, tindakan itu adalah betul kerana ia bertujuan untuk memastikan segala bantuan diagihkan secara adil kepada mangsa banjir.

Baca juga: Demi Keselesaan Ayah Terlantar Sakit Ketika Banjir, Anak Ikat 3 Tong Dram Bawah Katil

PENGHULU ASINGKAN BARANG BANTUAN BANJIR KHAIRUL AMING

BANTUAN BANJIR

Jelasnya, tiada sebarang niat untuk menyorok barangan sumbangan tersebut kerana mereka membahagikan secara sama rata kepada mangsa banjir.

“Pihak yang bertanggungjawab terhadap PPS akan berbuat demikian. Hal ini kerana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang beri sumbangan mereka tidak tahu jumlah penghuni PPS, jadi barangan diterima akan diasingkan dan dibahagikan.

“Nampak barangan sumbangan banyak tetapi apabila dibahagi kepada jumlah mangsa banjir yang ada, mungkin akan dapat sedikit.

“Tiada istilah kami menyorok atau berbuat sesuka hati dengan barangan sumbangan,” jelasnya.

Tambahnya juga, sekiranya dakwaan tersebut adalah betul, maka orang ramai diminta kemukan bukti untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Video yang tular di media sosial tersebut memaparkan kekecewaan mangsa banjir yang hanya mendapat sebungkus biskut dan mi segera sebagai barang bantuan banjir sumbangan Khairul Aming.

Baca juga: Pulau Pinang & Kedah Negeri Paling Ramai Rekod Miskin Tegar, Apa Puncanya?

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×