Tragedi menyayat hati menimpa kepada seorang bakal pengantin di negara China apabila maut dipanah petir ketika sedang bergambar, memetik laporan Kosmo semalam.
Difahamkan lelaki bernama Ruan itu, dipanah petir ketika sedang bergambar sebelum majlis perkahwinannya di sebuah kawasan pelancongan terkenal di negara tersebut, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Baca juga: Lelaki Berpakaian Selekeh Disangka Pengemis, Buat Kejutan Beli Kereta ‘Cash’!
MAUT DIPANAH PETIR KETIKA SESI PENGAMBARAN

Gambar: Mangsa dibawa ke hospital berhampiran dan tidak lama kemudian disahkan meninggal dunia. – Weibo
Tragedi itu berlaku Rabu lalu di Gunung Jade Dragon Snow di wilayah Yunnan.
Dia terkena panahan petir semasa sesi penggambaran perkahwinan bersama tunangnya di Spruce Meadow yang merupakan lokasi pemandangan popular.
Mangsa dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia, lapor akhbar South China Morning Post.
PASANGAN ITU TETAP TERUSKAN PENGAMBARAN WALAUPUN RIBUT PETIR…
Walaupun ribut petir melanda, pasangan itu dilaporkan memutuskan untuk meneruskan penggambaran mereka kerana telah dirancang. Mereka yang berdiri berhampiran mangsa bagaimanapun tidak cedera.
Pihak berkuasa cuaca tempatan telah mengeluarkan amaran guruh dan kilat pada tahap ketiga tertinggi di bawah sistem amaran empat peringkat China kira-kira setengah jam sebelum kilat menyambar. – Agensi.
Sumber: Kosmo