Ini yang dikatakan, “jangan menilai seseorang daripada luarannya”.
Sebagaimana yang dilaporkan laman Utusan Malaysia semalam, di mana seorang lelaki Indonesia berusia 69 tahun yang kelihatan selekeh seperti ‘pengemis’ telah membuat kejutan dengan membeli kereta secara tunai.
Baca juga: Sahabat Kejam Sanggup Belah Perut, ‘Curi’ Bayi Dalam Kandungan Wanita
LELAKI DISANGKA ‘PENGEMIS’ BELI KERETA DAIHATSU SECARA TUNAI
Warga emas bernama Wardji itu, hanya berjalan kaki dan membawa segumpal wang untuk membuat pembayaran bagi kereta All New Sigra 2022 jenama Daihatsu bernilai 180.4 juta rupiah (RM54,300), lapor Kompas.com.
Pada mulanya, pengawal keselamatan di kedai pameran kereta itu hanya memandang lekeh terhadap niat lelaki itu membeli kereta.
Pegawai Jualan di PT Mandiri Zirang Utama, Sragen, Dezy Ais, 35, berkata, pengawal keselamatan itu kemudian merujuk pelanggan itu kepada saya.
Katanya, pengawal itu langsung tidak menyangka lelaki itu adalah pelanggan sebenar yang berhasrat membeli kereta baharu.
“Dia menyangka pelanggan itu adalah pengemis kerana dia hanya memakai pakaian biasa.
“Saya kemudian membawa Wardji melihat beberapa kereta di dalam ruang pameran. Namun, dia tidak membuat pembelian kereta terus, sebaliknya, berjanji akan datang semula dengan membawa wang tunai mencukupi,” katanya.
WARDJI DATANG SEMULA & MENGIRA WANGNYA DI ATAS LANTAI
Dezy berkata, dia melayan semua pelanggan yang datang ke premisnya dengan hati terbuka tanpa memilih bulu.
Malah, dia lebih terkejut apabila pelanggan itu datang semula dan memilih duduk di atas lantai untuk mengira wangnya daripada duduk di kerusi.
“Lelaki itu mengira wang dari pukul 7 hingga 10 pagi. Ada juga wang yang kelihatan sudah reput dimakan anai-anai akibat disimpan terlalu lama.
“Selepas pembayaran selesai dilakukan, kereta berwarna putih itu terus dihantar ke rumah Wardji. Rumahnya juga kelihatan biasa tanpa memiliki garaj,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia