40 Minggu

Bahaya Sebenarnya Guna Home Doppler Untuk Check Jantung Bayi- Pakar

26
SHARES

Ramai ibu ayah yang excited nak dengar degup jantung bayi dalam kandungan kan? Salah satu alat yang boleh kita guna untuk berbuat demikian adalah fetal doppler atau juga dikenali sebagai fetal heart monitor.

Tetapi ibu ayah diingatkan bahawa ia tidak selamat digunakan untuk memantau kesihatan bayi. Untuk mendapat penjelasan yang lebih teliti, jom baca perkongsian dari pakar.

Baca juga: Daun Ikhtiar Hamil, Rupanya Ini Khasiat Pokok Dukung Anak Ramai Tak Tahu!

Bahaya Penggunaan Home Doppler

Ramai ibu mengandung teruja untuk membeli sendiri Home Doppler untuk mendengar sendiri bunyi jantung baby memasing. Dipadankan pula dengan harga yang mampu milik – ibu mengandung boleh dapatkan doppler ni secara online – mudah, cepat dan murah. Tapi ibu mengandung perlu tahu, penggunaan doppler ini sebenarnya mengundang bahaya.

Kenapa saya cakap bahaya? Ibu mengandung falsely reassured baby mereka berada dalam keadaan yang ok setelah mendengar bunyi jantung melalui doppler ini, bilamana bayi tu sebenarnya in distress dan memerlukan perhatian doktor. Maka, jika baby sebenarnya in distress – lambatlah ibu mengandung ni pergi berjumpa O&G dan komplikasi boleh berlaku – yang amat ditakuti ialah baby meninggal ( intrauterine death ).

HASILKAN GELOMBANG TERKENA SALUR DARAH

Doppler bukannya mikrofon yang membesarkan segala bunyi, termasuklah bunyi jantung baby. Doppler ni menghasilkan gelombang ultrasound yang travel into your body dan gelombang ini dipantulkan bila ianya terkena salur darah dan seterusnya menghasilkan bunyi.

Dalam abdomen ibu mengandung ada banyak salur darah termasuk la jantung baby tadi tu, jadi gelombang ultrasound ini tadi boleh terpantul dari salur darah ataupun jantung baby tu sendiri. Sukar untuk ibu mengandung yg takde latar belakang perubatan untuk bezakan.

Jururawat terlatih dalam perbidanan pun amek masa untuk dilatih untuk faham dan bezakan bunyi jantung baby dan maternal pulse ini – so ianya perlukan ilmu dan experience.

Kalau pergerakan baby berkurangan – ini mungkin tanda-tanda awal baby sebenarnya tak sihat. Hanya mendengar bunyi jantung dari Doppler ini tak memberikan saya apa-apa makna pun.

Sepatutnya ibu mengandung yg merasakan baby mereka kurang bergerak dari biasa memerlukan perhatian doktor/O&G dengan segera. Bukannya dok promote setiap ibu mengandung perlu ada home doppler sendiri.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×