Kredit foto: story.motherhood.com.my/stockimage
Siapa yang tak suka kalau dapat jimat bayar cukai, betul tak?
Sebagai ibu bapa, inilah peluang terbaik untuk anda dapatkan pengurangan bayaran cukai. Dengan Simpan SSPN, bukan sahaja anda boleh menyimpan untuk pendidikan anak-anak, tapi anda juga berpeluang menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000* setahun.
Lebih menarik lagi, Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan lain seperti:
- Perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit Simpan SSPN Prime yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas;
- Kadar dividen yang kompetitif;
- Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000* untuk satu keluarga yang layak dengan pendapatan bulanan ibu bapa tidak melebihi RM4,000;
- Simpanan dijamin Kerajaan; dan
- Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.
Fakta menarik:
Simpan SSPN adalah satu-satunya produk simpanan yang memberikan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000*. Ini menjadikannya pilihan yang sangat berbaloi untuk anda berbanding produk simpanan lain di pasaran.
*Tertakluk pada terma dan syarat
Tak perlu tunggu lagi! Rancang kewangan anda dengan bijak sambil memberi jaminan masa depan terbaik untuk anak tersayang
Bagaimana untuk mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan?
Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana cara untuk menikmati insentif ini?
Tak perlu risau, anda boleh dapatkan e-Book Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan (Bagi Tahun Taksiran 2024) secara PERCUMA di sini.
Apa yang anda akan dapat pelajari dari e-Book ini?
- Panduan pengiraan pelepasan taksiran cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2024
- Informasi mengenai Simpan SSPN dan bagaimana ia memberi manfaat kepada anda
- Soalan lazim tentang pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN
Jom dapatkan dan muat turun e-Book percuma ini sekarang demi pengurusan kewangan yang lebih bijak dan terancang.
Pastikan anda buat simpanan sebelum 31 Disember 2024 supaya anda tidak terlepas untuk menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2024!
Anda masih belum ada akaun simpanan untuk pendidikan anak? Jom ambil peluang ini!
- Buka akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus melalui myPTPTN
- Tambah simpanan di myPTPTN
- Muat turun penyata simpanan di myPTPTN
Jangan Tunggu Hingga Saat Akhir!
Pastikan anda buat simpanan sebelum 31 Disember 2024 untuk layak mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2024.
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menangi hadiah lumayan menerusi Cabutan Tahunan WOW! Simpan SSPN 2024.
Hanya simpan serendah RM50 sahaja di akaun Simpan SSPN, anda layak sertai cabutan ini secara automatik. Ketahui info lanjut dengan klik di sini.
Lebih banyak anda menyimpan, lebih tinggi peluang anda menang!
Jom jadikan Simpan SSPN sebagai langkah pertama anda untuk merancang kewangan keluarga dan memastikan pendidikan anak-anak lebih terjamin.