Asuh

Sudah Diharamkan Di Kanada, Ini Sebab Kenapa Anak Tak Perlu Pun Guna ‘Baby Walker’

13
SHARES

Sudah semestinya ramai dalam kalangan kita yang sudah sinonim dengan penggunaan baby walker. Katanya dengan meletakkan anak-anak dalam baby walker, anak lebih mudah untuk berjalan dan ibu bapa pun tak perlu pening. Namun, tahukah anda bahawa kalau buka dan kaji kajian dari luar negara memang tidak ada satu pun yang menyokong penggunaan walker dan kebanyakannya “banned” penggunaan walker disebabkan faktor keselamatan (kes terbakar, fracture, kecacatan dan kematian) dan masalah lambat perkembangan fizikal serta mental.

BABY WALKER TAK BANTU PERKEMBANGAN FIZIKAL ANAK

Memang comel melihat bayi berlari ke sana sini dengan Baby Walker, hakikatnya ia tidak memberi manfaat kepada perkembangan fizikal kanak kanak. Kemahiran berjalan bukan sahaja melibatkan pergerakan kaki, tetapi apa yang lebih penting adalah skill untuk menolak badan untuk berdiri, keseimbangan tubuh dan koordinasi.

RISIKO KECEDERAAN TINGGI

Selain itu, risiko kecederaan juga tinggi malah terdapat kes serius melibatkan kecederaan tengkuk dan kepala apabila kanak kanak jatuh dari tangga dan terjunam ke kolam .

Puan puan..

Sekiranya anak anda tidak mengalami sebarang kecederaan akibat penggunaan walker, jangan sangka ia selamat. Ribuan kes kecederaan termasuk melecur dan tersepit dilaporkan setiap tahun. Di Canada, Baby Walker telah diharamkan sepenuhnya. Langkah ini juga bakal diikut oleh US setelah mendapat desakan persatuan pakar kanak kanak disana.

* Infomasi ini mungkin bermanfaat untuk ibu yang sedang merancang. Mungkin budget untuk baby walker boleh disalurkan untuk membeli Car Seat yang lebih bermanfaat

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×