Famili

Saiz Lobak Merah Kecil & Comel Disangka Organik Rupanya Diproses Semula!

4
SHARES
baby carrot

Setiap kali ke pasar raya pasti pelbagai jenis saiz lobak merah dijual dengan harga berpatutan. Namun, sebenarnya tahukah anda bahawa baby carrot yang terlalu kecil dan comel itu mengandungi pengawet kimia?

Perkongsian ini dijelaskan Fairus Hamidin di laman Facebooknya dan ‘pendedahan’ tersebut ternyata membuka mata ramai kerana tidak tahu tentang perkara sebenar.

Baca juga: Tips Pilih Buah Epal Manis & Rangup, Confirm Tak Kecewa!

BABY CARROT BERSAIZ KECIL MOLEK BANYAK PENGAWET KIMIA

BABY CARROT

Beza sangat kan saiz lobak dari China sebesar penumbuk. Saiz kecil molek itu pula lobak merah dari Australia. Sebolehnya elakkan segala sayuran dan buah yang dari China. Hal ini kerana isu pencemaran racun, baja penggalak berleluasa dan memiliki tanah yang toksik.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak membeli baby carrot bersaiz terlalu kecil dan comel kerana itu sebenarnya merupakan hampas dan sisa lobak merah yang dibentuk, diproses semula dan direndam dengan larutan pengawet kimia.

Beli lobak merah ini kerana ingin dijadikan snek sihat kepada anak-anak tetapi secara senyap-senyap mengundang bahaya kepada kesihatan diri.

Permukaan baby carrot yang terlalu cantik dan licin sebenarnya adalah satu ‘penipuan’ kerana ia direka menggunakan teknik bahaya seperti dikongsikan di atas.

Sekiranya anda ingin membeli baby carrot ‘asli’, pastikan pilih yang ada permukaan kasar dan pelbagai bentuk kerana itu adalah saiz sebenar yang bebas sebarang bahan kimia di dalamnya.

Semoga artikel ini memberi manfaat dan pilih lobak merah dengan betul ya.

Baca juga: Tukang Kebun Kongsi ‘Rahsia’ Guna Soda Penaik Untuk Tanaman, Serangga Pun Lari!

Sumber: Facebook Fairus Hamidin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×