Hebahan

B Infinite Memperkenal Rangkaian Ganjaran Yang Lebih Baik

Pengalaman ganjaran yang dipertingkatkan untuk pengguna mudah alih yang membolehkan mereka menikmati pengalaman ‘saya mahukannya dan saya mahukannya sekarang’

 Pelancaran B Infinite hari ini memperkenalkan sebuah rangkaian yang lebih baik untuk program ganjaran yang memberikan ‘lebih dari sekadar ganjaran’. Dengan pengenalan fungsi bayaran yang baru, para pengguna mudah alih yang menyertai program ganjaran B Infinite kini mempunyai lebih kawalan dan kemudahan untuk pengalaman ganjaran mereka.

B Infinite dibina berdasarkan kejayaan BCARD, program ganjaran ahli yang pantas mencatatkan kejayaan selepas dilancarkan pada 2011. Sehingga kini, program ini mempunyai lebih daripada 5 juta ahli, 80 rakan peniaga dan lebih daripada 4000 kedai di seluruh negara yang membentuk keseluruhan rangkaiannya.

Kejayaan B Infinite juga terletak pada kebolehannya yang pelbagai: berfungsi sebagai platform pemasaran mudah alih untuk mendapatkan maklumat mengenai tawaran istimewa yang terkini dari peniaga, gerbang pembayaran dan khidmat penebusan ganjaran untuk ahli-ahlinya.

Beralih Dari Plastik Ke Digital

B Infinite bukan sekadar program ganjaran biasa – ia adalah inovasi utama oleh Berjaya Corporation dalam bidang mudah alih digital. Misi Berjaya Corporation adalah untuk mencipta nilai melalui inovasi teknologi dan inisiatif berpandukan data, dan B Infinite mewakili misi ini: dengan berevolusi dari kad plastik ke aplikasi digital, dan dari mata ganjaran ke pembayaran mudah alih.

“Pelancaran B Infinite adalah contoh terbaik bagi kisah transformasi yang sedang berlaku di Berjaya Corporation. Kami ingin mempertingkatkan perniagaan-perniagaan sedia ada dengan kebolehan digital untuk memenuhi keperluan pengguna mudah alih pada hari ini dan di masa hadapan. Kami percaya ini akan membuka jalan untuk perkembangan berterusan bagi Berjaya Corporation,” kata Dato’ Sri Robin Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Berhad di pelancaran media untuk B Infinite.

Untuk Pengalaman ‘Saya Mahukannya Sekarang’

Ahli-ahli B Infinite boleh melaksanakan penebusan separa dengan mata ganjaran dan wang tunai untuk pembelian dari kedai peniaga yang mengambil bahagian. Ini bermakna pengalaman ‘Saya mahukannya dan saya mahukannya sekarang’ boleh dikecapi dengan hanya satu transaksi mudah. Dan dengan fungsi pembayaran baru, ianya kini lebih mudah untuk mereka menggunakan sama ada mata ganjaran atau wang tunai untuk transaksi.

Lebih kawalan dan kemudahan dapat dilihat jelas kerana ahli-ahli boleh melakukan transaksi di kedai-kedai peniaga dengan ganjaran yang sebaik wang tunai. Selain itu, mereka juga boleh menguruskan pengalaman omni-saluran mereka sendiri melalui B Infinite. Sebagai contoh, ahli-ahli boleh membuat perubahan kepada aplikasi tersebut mengikut citarasa mereka dengan diri mereka sendiri dengan menapis tawaran-tawaran peniaga mengikut kategori-kategori yang diminati.

“Berkenaan rangkaian program ganjaran B Infinite yang dipertingkatkan, kini terdapat banyak peluang untuk para peniaga berhubung terus dengan pelanggan serta menjual dan menjual silang kepada para pengguna dan para pelanggan peniaga tersebut. Saya gembira untuk menawarkan pengalaman ganjaran yang lebih baik ini kepada para peniaga dan ahli kami dengan B Infinite,” kata Cik Yau Su Peng, Pengarah Jualan dan Inovasi di Berjaya Corporation Berhad.

Transaksi Tanpa Halangan di B Infinite

Tunggak kepada kejayaan rangkaian ganjaran B Infinite yang dipertingkatkan adalah kerjasama dengan rakan-rakan kongsi teknologi terkemuka iaitu Mastercard dan Wirecard. Pembayaran mudah alih adalah pemacu utama perdagangan mudah alih (m-commerce) dan kerjasama dengan dua syarikat gergasi teknologi dalam bidang pembayaran mudah alih akan memastikan transaksi tanpa halangan untuk para peniaga dan ahli B Infinite.

Dengan transaksi tanpa halangan, para peniaga B Infinite seperti Caltex, Chatime, kumpulan Qualitas, kumpulan Berjaya Hotel, Starbucks, 7Eleven, Lazada, Umobile, Kenny Rogers, dan 11 Street boleh mempertingkatkan pengalaman pelanggan mereka di dalam serta di luar talian, iaitu di kedai. 

photo-1

Pengalaman Membeli-Belah Tanpa Halangan, Selamat dan Cepat Dengan Masterpass

Aplikasi ganjaran ini akan menggunakan fungsi pembayaran di mana perkhidmatan pembayaran digital global Mastercard iaitu Masterpass akan digabungkan dengan platform mudah alih B Infinite untuk membolehkan pengguna membuat pembelian dengan cepat dan selamat melalui aplikasi ini.

“Kaedah pembayaran hari ini pantas berevolusi seiring dengan gaya hidup pengguna yang mahukan cara-cara baru untuk membuat pembayaran. Inovasi adalah penting untuk memastikan penawaran kaedah pembayaran memenuhi keperluan mereka yang inginkan pengalaman pembayaran tanpa halangan dan Masterpass adalah penting untuk memenuhi tujuan ini,” kata Perry Ong, pengurus negara, Malaysia dan Brunei, Mastercard.

“Dengan cara menyimpan semua maklumat pembayaran termasuk Mastercard dan kad-kad jenama lain secara selamat di satu tempat yang mudah, pengguna Masterpass tidak perlu memasukkan maklumat untuk setiap pembelian, seterusnya memudahkan dan mempercepatkan proses pembayaran dengan hanya satu klik atau sentuhan (tap/touch) untuk pembelian sama ada di dalam talian atau di dalam aplikasi. Masterpass kini diterima di rangkaian yang mempunyai lebih daripada 300,000 rakan peniaga di seluruh dunia dan kami teruja untuk memperkenalkan Malaysia ke dalam usahasama ini,” tambahnya.

Masterpass boleh digunakan di platform mudah alih B Infinite bermula dari suku pertama 2017.

Dikuasakan oleh Wirecard

B Infinite dikuasakan oleh Wirecard AG, peneraju global dalam teknologi dan infrastruktur pembayaran elektronik. “Pelancaran B Infinite oleh Berjaya Corporation merupakan satu lagi pencapaian dalam inovasi teknologi. Kami gembira kerana platform dan infrastruktur pembayaran mudah alih kami dipilih untuk projek ini. Kami percaya bahawa inisiatif yang direka untuk memberi lebih kemudahan dan kawalan untuk ahli-ahli akan mengukuhkan lagi hubungan Berjaya dengan ahli-ahlinya,” kata Markus Eichinger, Naib Presiden untuk Perkhidmatan Nilai Tambahan, Wirecard. 

Inovasi Progresif

Berjaya Corporation sedar bahawa inovasi adalah penting untuk mentransformasi sesebuah perniagaan. Pemahaman ini mendorong Berjaya Corporation untuk menawarkan lebih nilai kepada pihak-pihak berkepentingan – dengan mencari rakan-rakan kongsi baru dalam bidang teknologi dan pembayaran, memahami pasaran-pasaran geografi yang baru dan memerhatikan tunggak-tunggak baru industri. Pemahaman ini juga menyokong B Infinite untuk bergerak dan memenuhi keperluan para pengguna mudah alih.

Melihat ke hadapan untuk tahun 2017, B Infinite – sebagai sebahagian daripada rancangan inovasi yang progresif – bakal memperkenalkan kebolehan untuk ‘membuat pesanan awal dan mengambil di kedai’ untuk barangan dan perkhidmatan terpilih. Ia juga akan memperkenalkan penebusan mudah dengan fungsi pembayaran. Barangan dan perkhidmatan boleh ditebus dengan menggabungkan fungsi bayaran dengan mata ganjaran untuk memastikan transaksi yang tiada halangan untuk pengguna dan peniaga.

B Infinite Dalam Peralatan Mudah Alih

Pengguna boleh menyertai program ganjaran B Infinite dengan memuat turun aplikasi B Infinite dari Google Play Store untuk pengguna Android dan ITunes App Store untuk pengguna IOS.

Sempena pelancaran ini, pengguna boleh menantikan Tawaran Istimewa bermula dengan 100 BPoints apabila mereka memuat turun Aplikasi B Infinite sehingga pada tahun hadapan, Januari 2017.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ganjaran B Infinite, layari www.binfinite.com.my

 

Mengenai BLoyalty Sdn Bhd & B Infinite

BLoyalty Sdn Bhd, anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Berjaya Corporation Berhad, memiliki dan menguruskan program ganjaran pelanggan yang dikenali sebagai B Infinite (sebelum ini BCARD). Bertujuan untuk mempromosikan ganjaran pelanggan, B Infinite yang merupakan program ganjaran di Malaysia yang memfokus kepada gaya hidup dan jenama ini bekerjasama dengan para peniaga dari pelbagai industri dan perniagaan untuk menawarkan nilai yang tiada tandingan kepada ahli-ahlinya untuk pilihan gaya hidup mereka.

B Infinite bermula sebagai BCARD dan dilancarkan kepada umum di Lembah Klang pada 15 Disember 2010 dan seterusnya di seluruh negara pada 30 September 2011. Pada Julai 2016, BCARD telah dijenamakan semula secara rasminya sebagai B Infinite. Kini, B Infinite mempunyai rangkaian yang terdiri lebih daripada 80 rakan peniaga dan lebih daripada 4,000 kedai di seluruh negara. Program kesetiaan pelanggan mudah alih dan aplikasi pembayaran mudah alih B Infinite boleh dimuat turun dari Google Play Store untuk pengguna Android dan di ITunes App Store untuk pengguna IOS.

Untuk pertanyaan umum, sila hubungi Pusat Talian B Infinite di 03-2141 8080 atau hantarkan e-mel ke [email protected]. Untuk promosi terkini dari rakan-rakan peniaga B Infinite, ikuti BInfiniteRewards/ di FaceBook dan @binfinitereward di Twitter.

 

Mengenai Masterpass

Visi Masterpass adalah untuk menyokong semua bentuk perdagangan bagi memenuhi sebanyak mungkin pengalaman peniaga dan keperluan pengguna. Masterpass menyimpan semua maklumat pembayaran, termasuk maklumat kad dari Mastercard dan rangkaian pembayaran, maklumat penghantaran dan pilihan pembayaran yang lain di satu tempat yang mudah dan selamat. Dengan Masterpass, anda boleh melengkapkan pembelian dalam talian atau aplikasi peniaga dengan hanya satu klik pada butang Masterpass dan membuat pengesahan untuk melengkapkan transaksi. Di kedai, hanya sentuh (tap) untuk membayar di kedai-kedai peniaga yang membolehkan pembayaran ‘contactless’ dan melengkapkan pembelian. Masterpass juga menggunakan kaedah-kaedah keselamatan pembayaran yang paling maju termasuklah ‘network tokenization’ yang memastikan kesemua maklumat dilindungi.

Masterpass membolehkan pengeluar mencipta dan membangunkan penyelesaian pembayaran digital jenama mereka sendiri menggunakan API dan SDK Masterpass, manakala para peniaga boleh menggunakan API dan SDK Masterpass untuk membolehkan pelengkapan pembelian di dalam talian dan aplikasi mudah alih. Sehingga kini, Masterpass boleh didapati di 33 pasaran di seluruh dunia, dengan perancangan untuk mengembangkannya ke tiga pasaran lagi menjelang hujung tahun ini. Untuk senarai peniaga yang menerima Masterpass di dalam talian dan aplikasi, layari www.masterpass.com. Senarai peniaga yang menerimanya di kedai pula boleh didapati di sini.

 

Mengenai Mastercard

Mastercard (NYSE: MA), www.mastercard.com, adalah sebuah syarikat teknologi dalam industri pembayaran global. Kami mengendalikan rangkaian pembayaran terpantas di dunia, menghubungkan pengguna, institusi kewangan, peniaga, kerajaan dan perniagaan di lebih daripada 210 negara dan daerah. Produk dan penyelesaian Mastercard menjadikan aktiviti perdagangan harian – seperti membeli-belah, melancong, menjalankan perniagaan dan mengendalikan kewangan – lebih mudah, selamat dan cekap untuk semua orang. Ikuti kami di Twitter @MastercardAP dan @MastercardNews, serta perbincangan di Beyond the Transaction Blog dan daftar untuk mendapatkan berita terkini di Engagement Bureau.

 

Mengenai Wirecard

Wirecard AG adalah sebuah kumpulan teknologi global yang membantu syarikat-syarikat menerima pembayaran elektronik dari semua saluran jualan. Sebagai pembekal bebas yang terkemuka, Kumpulan Wirecard menawarkan penyelesaian khidmat luaran dan label putih untuk pembayaran elektronik. Platform global menggabungkan penerimaan dan kaedah pembayaran antarabangsa dengan tambahan penyelesaian pencegahan penipuan. Berkenaan penawaran kemudahan pembayaran sendiri dalam bentuk kad atau penyelesaian pembayaran mudah alih, Kumpulan Wirecard membekalkan infrastruktur dari hujung ke hujung, termasuklah lesen yang diperlukan untuk produk-produk kad dan akaun. Wirecard AG disenaraikan di Frankfurt Securities Exchange (TecDAX, ISIN DE0007472060, WDI). Untuk maklumat lanjut mengenai Wirecard, sila layari http://www.wirecard.com atau ikuti kami di twitter @wirecard.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×