Famili

99 Pelajar Dilaporkan Keracunan Makanan Selepas Makan Ayam Gunting Kantin Sekolah

9
SHARES
AYAM GUNTING

Kes keracunan makanan semakin menjadi-jadi dan terbaharu, seramai 99 warga sekolah di Batu Pahat dilaporkan mengalami simptom keracunan selepas makan ayam gunting.

Sehingga kini, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) masih menunggu laporan kimia sampel ayam goreng yang dipercayai menjadi punca.

Baca juga: 10 Jenis Buah Durian Popular Di Malaysia, Yang Mana Satu Paling Sedap?

AYAM GUNTING KANTIN PUNCA 99 PELAJAR KERACUNAN MAKANAN

AYAM GUNTING

Ibu bapa kepada pelajar Tingkatan Tiga memberitahu bahawa anak perempuannya jatuh sakit selepas makan ayam gunting di kantin sekolah.

Anaknya difahamkan mengalami gejala loya, sakit perut yang teruk, cirit-birit dan muntah.

“Kita menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 27 Jun lalu apabila seramai 90 pelajar dan sembilan tenaga pengajar mengalami keracunan makanan setelah makan ayam goreng di kantin sekolah terbabit.

“Daripada 99 individu yang keracunan makanan itu, hanya 11 individu sahaja menerima rawatan pesakit luar di klinik kesihatan atau klinik swasta kerana sakit perut.

“Kita telah mengambil makanan tersebut untuk dihantar ke makmal untuk mengetahui sama ada ia menjadi punca keracunan ini berlaku atau sebaliknya. Keputusan itu dijangka diterima dalam masa dua ke tiga hari lagi,” katanya.

Tambahnya lagi, kantin sekolah juga diarahkan tutup sejak Jumaat lalu sehingga 11 Julai agar dapat memberi laluan ketika siasatan dijalankan.

Kes disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Baca juga: Gara-Gara Makan Tiga Biji Telur Mata, Remaja Usia 17 Meninggal Dunia

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×