Famili

Ayah Zahirah Mcwilson Sebak Dapat Peluk & Cium Cucu Buat Kali Pertama

370
SHARES

Kasih sayang datuk terhadap cucu memang tak terhingga. Apa sahaja sanggup dilakukan demi memastikan cucu tersayang gembira dan seronok. Sebagai seorang datuk, pastinya mereka berasa sedih jika tidak dapat bertemu cucu dalam jangka masa yang panjang. Hal ini sama seperti perkongsian aktres jelita, Zahirah MacWilson yang memaparkan pertemuan pertama bapanya bersama cucu tercinta.

Baca juga: [VIDEO] “Sedih…”- Adik Bongsu Menangis Berpisah Dengan Kakak Buat Netizen Sebak…

AYAH ZAHIRAH MCWILSON SEBAK DAPAT PELUK CUCU

Situasi yang mengundang sebak warganet ini telah dikongsi di laman Instagram milik pelakon berusia 26 tahun itu dan dapat dilihat bapa Zahirah sedih dan tidak dapat menahan air mata kerana berpeluang bertemu cucu sulungnya buat kali pertama meskipun sudah hampir 10 bulan dilahirkan.

Jelas kelihatan dalam video tersebut, Zainol MacWilson mendukung dan memeluk Isaac Raees sambil menahan sebak dan mencium dengan penuh kasih sayang. Isaac kelihatan sedikit terkejut dek kerana ini merupakan pertemuan kali pertama mereka.

Kebenaran merentas negeri sememangnya memberi sinar buat mereka dan satu berita gembira kerana dapat bertemu dan berkumpul untuk kenangan indah di masa hadapan.

“Isaac akhirnya bertemu dengan datuknya untuk pertama kalinya & datuk akhirnya bertemu dengan cucu pertamanya,” jelas Zahirah

“MANJANYA, CAIR HATI TENGOK…”

Umum mengetahui, Isaac dilahirkan pada 5 Januari di Australia dan pulang ke Malaysia pada usianya mencecah tiga bulan. Perkongsian isteri kepada Aiman Hakim Ridza tentunya membuatkan warganet turut sebak melihat kesedihan bapa Zahirah.

Mereka juga memuji sikap Isaac yang begitu comel dan manja meskipun pertemuan kali pertama dan dia seolah-olah sudah mengenali datuknya.

Sumber: Instagram Zahirah MacWilson

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×