Famili

[VIDEO] “Sedih…”- Adik Bongsu Menangis Berpisah Dengan Kakak Buat Netizen Sebak…

146
SHARES

Tidak dapat disangkalkan, perpisahan sememangnya perit untuk dilalui dan dirasakan terutamanya ibu bapa yang menghantar anak-anak tersayang masuk ke asrama untuk tujuan pembelajaran. Meskipun ianya hanya sementara tetapi merupakan pengorbanan terbesar setelah bertahun-tahun tinggal bersama. Sama juga kasih antara adik-beradik, pastinya kita akan sedih jika salah seorang daripada ahli keluarga pergi untuk mencapai cita-cita yang diingini.

Baca juga: [VIDEO] “Sebaknya…” – Sudah Lama Tak Berjumpa, Dua Beradik Menangis Berpelukan

ADIK BONGSU MENANGIS BERPISAH DENGAN KAKAK BUAT NETIZEN SEBAK

Situasi ini dapat disamakan dengan perkongsian seorang ibu di laman TikToknya memaparkan kesedihannya berpisah dengan anak perempuan keduannya yang masuk ke asrama untuk menyambung pelajaran. Kesedihan itu tidak dapat ditahan dan mereka sekeluarga nangis teresak-esak di dalam kereta sebelum dia keluar ke asramanya.

Jelasnya juga, perasaan gembira dan sebak bercampur kerana sudah tiada lagi kelibat anaknya bernama Aina di rumah buat sementara waktu.

Selain itu, satu video yang mengundang sebak warganet apabila melihat adik bongsu Aina menangis teresak-esak kerana harus berpisah bersama kakak tercintanya. Dia juga bertanya bila dia akan berjumpa dengan kakaknya lagi dan dengan perasaan sedih ayahnya menjawab lagi beberapa minggu mereka akan bertemu kembali.

“Adik paling sedih bila nak berpisah dengan kakak,” jelas ibunya.

Sebelum kakaknya keluar untuk pendaftaran, adik bongsunya sempat mencium dan memeluk erat tanda sayang dan sedih. Menurut wanita itu, Aina sering mengajar dan membantu adik comelnya membuat kerja sekolah.

“PANTANG TENGOK ORANG SEDIH, MESTI MENANGIS”

Perkongsian video yang menerima 143,600 ‘likes’ itu dibanjiri komen warganet yang turut sebak melihat perpisahan adik bongsu dan kakak tersayangnya itu.

Ada juga yang sempat memuji tingkah laku mereka sekeluarga kerana tidak malu meluahkan perasaan sedih dan sayang antara satu sama lain dan saling menghargai.

Alahai, sedih betul tengok. Belajar rajin-rajin ya. Semoga maju jaya!

Sumber: TikTok SeeteeAmyna

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×