Famili

[VIDEO] “Sebaknya…” – Sudah Lama Tak Berjumpa, Dua Beradik Menangis Berpelukan

20
SHARES

Pengumuman rentas negeri yang berkuat kuasa semalam memberi peluang kepada anak-anak serta adik beradik untuk bertemu kembali bersama insan tersayang setelah sudah hampir satu tahun tidak bertemu berikutan larangan rentas negeri sejak beberapa bulan yang lalu.

Satu video undang sebak warganet dikongsi di laman TikTok oleh pemilik akaun bernama @Tina Ozair yang memaparkan dua orang warga emas tidak mampu menahan sebak akibat kerinduan yang menggunung.

Baca juga: [VIDEO] Pemuda Terduduk Tengok Pusara Ibu & Kakak Selepas 6 Bulan Dalam Penjara, Sebak…

SUDAH LAMA TAK BERJUMPA, DUA BERADIK MENANGIS BERPELUKAN

Video yang menyentuh hati itu memaparkan momen pertemuan bapa dan pakciknya yang sudah lama tidak berjumpa. Menurut Tina, hatinya begitu sedih apabila melihat kedua-dua mereka menangis berpelukan setelah sekian lama berjauhan.

“Bagai dirodak hati. Sedih masa ni Allah sahaja yang tahu. Masa ini abah lama tak jumpa abang dia. Seorang di Raub dan seorang di Alor Star,” luahnya.

Pertemuan abang dan adik ini bukan sahaja dirasai sedih oleh mereka malah anak cucu yang berada di situ turut menangis dan sebak melihat mereka. Pelukan erat masih tidak dilepaskan gara-gara terlalu rindu antara satu sama lain. Sehingga kini video tersebut menerima 323,300 tontonan dan 36,000 ‘likes’.

“VIDEO PALING SEDIH, COVID MENYAKITKAN HATI..”

Sudah tentunya video tersebut dibanjiri komen warganet yang turut sedih melihat situasi sebak dan gembira itu serta ada juga yang menyatakan akan pulang ke kampung halaman setelah tiga tahun tidak bertemu ibu dan ayah akibat penularan wabak Covid-19.

Warganet juga sempat memberi nasihat sebagai adik beradik janglah bergaduh terlalu lama kerana air dicincang tak akan putus. Kasih sayang antara adik beradik tanda sayang kepada ibu dan ayah.

Sumber: TikTok Tina Ozair

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×