DIY & Kraf

Ayah Kongsi Cara DIY Playhouse Anak-Anak, Boleh Jadi Tempat Rehat

36
SHARES

Kanak-kanak dan permainan pasti tidak dapat dipisahkan. Ada sahaja idea-idea mereka yang timbul untuk memenuhi masa lapang ketika di rumah.  Kalau dulu boleh bermain di taman perumahan namun kini dengan kes harian Covid-19 yang begitu tinggi menyebabkan mereka terpaksa duduk di rumah sahaja.

Apa kata anda cuba bina playhouse sendiri untuk anak-anak? Lebih jimat dan pasti berpuas hati dengan hasil sendiri. Mari kami kongsikan cara-cara membuat playhouse untuk anak-anak bermain di rumah.

Baca juga: [VIDEO] Ibu Hasilkan Alas Kaki Guna Plastik Beli-Belah, Kreatif!

PLAYHOUSE DIY SESUAI UNTUK ANAK-ANAK MAIN DI RUMAH

Anak-anak request nak playhouse, nak beli yang dah siap mahal. Cuba buat sendiri lebih murah sambil-sambil asah skil bertukang.
Banyak idea dan tips dapat dari ahli group ini, mohon halalkan semua ilmu yang saya dapat. Saya kongsikan balik step by step saya buat playhouse ini di ruang setiap gambar.
Kita semua boleh buat, cantik tak cantik tak penting di mata anak-anak. Anak-anak dapat tempat untuk bermain petang-petang pun dah cukup gembira.
Semoga bermanfaat guys!

1. Buat rangka dengan kaytu 2×2. Lebar empat kaki, panjang 6.5 kaki dan tinggi 5 kaki.

2. Pasang playwood 18mm dan buat tangga. Guna kayu palet tutup bahagian atas dinding.

3. Undercoat pada bahagian yang perlu dicat untuk memudahkan dan hasil cat lebih kemas.

4. Pasang shera plank. Overlap 20mm antara dua keping shera.

5. Cat semua bahagian dan siap sedia untuk pasang atap.

6. Susun atap genting dan lapik batu bata untuk menjaga kaki tiang. Siap satu playhouse untuk anak-anak.

Cantik kan? Bolehlah anak-anak makan petang di situ atau bermain bersama adik-beradik mereka.

Sumber: Sadiqin Sulong Via Tukang Apa Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×