Telatah anak sememangnya tidak boleh dijangka lebih-lebih lagi jika masih bersekolah rendah. Hal ini sama seperti perkongsian seorang ayah di laman TikTok apabila memuat naik video si anak malu kerana terpaksa menaiki van lama.
Perangai ini kadang kala berpunca daripada rakan sebaya yang sering mengejek kenderaan orang lain sehingga menimbulkan rasa malu.
Baca juga: “Berbakul Sumpahan Saya Dapat” – Suami Tak Puas Hati Isteri Terbuang Sudu Susu Anak
AYAH AMBIL GUNA VAN LAMA, ANAK BERLARI SEBAB MALU
Menerusi perkongsian video berdurasi kurang satu minit, si ayah merakam telatah anak perempuannya yang sedang berlari menuju ke kenderaan.
Video tersebut menarik perhatian ramai apabila si anak berlari ke arah van lama milik ayahnya kerana tidak mahu rakan sekolah melihat kenderaan tersebut.
Jelasnya melalui video pendek itu, anak perempuannya itu berlari dan menyorok kerana takut sekiranya rakan-rakan sekolah melihat dia menaiki van lama berwarna kuning itu.
“Anak lari menyorok, takut kawan-kawan dia nampak dia naik van baba yang buruk tu. Belajar pandai-pandai ya dik. Baru boleh beli kereta cantik,” tulis si ayah di dalam video tersebut.
Sehingga kini video perkongsian itu menerima hampir 2 juta tontonan dan sudah pastinya dibanjiri komen daripada warganet. Rata-rata mendoakan agar adik ini berjaya dalam kehidupan dan tidak lupa dengan pengorbanan ibu ayah.
Mereka juga berkongsi pengalaman ketika zaman persekolahan di mana turut diambil oleh ibu ayah menggunakan van lama.
“Belajar rajin-raji dan jadi insan yang berguna. Jangan lupa jasa-jasa mak ayah susah payah hantar awak ke sekolah ye dik. Saya doakan adik berjaya dunia akhirat,” komen salah seorang pengguna media sosial
Baca juga: Al Fateh Bukan Kes Pertama, Haura Najia Juga Maut Akibat Pengasuh Bedung & Sumbat Botol Susu!
Sumber: TikTok D1food