Hebahan

#AXAStandsUpToCancer Raih Rm52,000 Untuk Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia

23
SHARES

Selepas melancarkan pelan perlindungan insurans kanser serba lengkap yang dinamakan AXA Cancer Care pada awal tahun ini, AXA AFFIN Life Insurance Berhad berganding bahu dengan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) berjaya meraih RM 52,000 bagi membiayai operasi Perkhidmatan Maklumat Kanser (CIS) NCSM. CIS ialah bantuan khidmat talian yang membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan maklumat yang berasaskan bukti dan tepat di samping memberikan sokongan emosi kepada penghidap kanser. Ini sejajar dengan misi AXA Cancer Care yang bukan sahaja menyediakan perlindungan kewangan, tetapi juga sokongan emosi dan mental.

l-r-gavin-lim-gowri-krishnan-wan-yee-nicole-and-casey

Derma RM1 Bagi Setiap Episod Kisah Inspirasi

“Kami berbangga untuk mengumumkan bahawa setakat ini hampir 10,000 pemegang polisi telah melanggan pelan perlindungan ini dan kami berharap angka ini akan terus bertambah dalam usaha memperkasakan rakyat Malaysia menghadapi kanser dengan penuh yakin. Kami gembira kerana lebih ramai orang terdedah dan dilengkapi dengan pengetahuan yang mencukupi tentang kanser dan seterusnya mendapatkan perlindungan terutamanya dalam golongan profesional muda ,” kata En. Loke Kah Meng (Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance,) dalam majlis tersebut hari ini.

Beliau menambah selanjutnya, “AXA AFFIN telah memainkan peranan aktif untuk meningkatkan kefahaman terhadap risiko kanser dan menggalakkan orang ramai mengamalkan cara hidup sihat menerusi portal dalam talian Learn My Protection. Pada tahun ini, inisiatif #AXAStandsUpToCancer mengukuhkan lagi komitmen ini dan berikrar untuk menderma RM1 kepada NCSM bagi setiap episod kisah penuh inspirasi yang telah dikongsi oleh orang ramai”.

l-r-viji-nair-senior-project-manager-of-ncsm-clare-ratnasingham-vi

“AXA : An Awakening Series” Nadi Penggerak Kempen

Kempen #AXAStandsUpToCancer telah berlangsung dari 1 Mac hingga 30 November 2016 menerusi laman web, www.110cancercare.com, bersama “AXA : An Awakening Series” sebagai nadi penggerak kempen tersebut. Sejumlah lapan episod kisah menyentuh hati telah diterbitkan oleh pengacara Choo Mei Sze – Duta Belia NCSM dan juga seorang bekas pesakit kanser. Setiap episod memperlihatkan kanser dari sudut berbeza, termasuk dari kaca mata pesakit, bekas pesakit kanser dan juga penyokong setia yang berjuang dalam senyap, iaitu penjaga mereka.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Cik Clare Ratnasingham (Naib Presiden NCSM), En. Sudhaharan Nair (Pengurus Besar NCSM), En. Emmanuel Wehry (Ketua Pegawai Pemasaran AXA AFFIN Life Insurance) dan Dr Adrian Seng (Pengarah, Beacon Health – subbahagian Beacon Hospital).

cancer-survivors-at-the-cheque-presentation-ceremony

52,000 Orang Awam Memainkan Peranan

“Bagi pihak Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada AXA AFFIN atas persahabatan yang dijalin dan sokongan yang diberikan selama ini, dan juga kerana menganjurkan program Cancer Care yang cemerlang. AXA AFFIN bukan sahaja berikrar untuk menyumbang dana dan bekerja keras untuk menjayakan projek ini – tetapi juga telah mengambil langkah selanjutnya dan menggalakkan orang awam di Malaysia untuk berkongsi kisah penuh inspirasi tentang kanser. Daripada angka derma yang diterima, nampaknya lebih 52,000 orang telah memainkan peranan – untuk belajar tentang kanser dan menerima dorongan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik,” kata Cik Clare Ratnasingham (Naib Presiden NCSM) dalam ucapannya.

Di majlis yang sama, para tetamu dan wakil media juga menikmati jamuan makan tengah hari sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan ikhlas dan sokongan dalam segenap cara. 

mariana-zaine-cancer-survivor-who-was-sharing-her-story-at-the-axa-can

AXA Cancer Care ialah pelan perlindungan insurans kanser pertama di pasaran, yang memberikan sokongan kewangan lengkap dari peringkat diagnosis sehingga rawatan dan pemulihan. Pelan ini menawarkan lima manfaat, iaitu Manfaat Jagaan Terapi untuk menanggung kos rawatan kanser, Manfaat Cepat Sembuh dengan dana tambahan untuk menampung proses pemulihan dan Manfaat Sara Hidup untuk membiayai perbelanjaan sara hidup, Manfaat Rawatan Alternatif memenuhi keperluan pilihan rawatan alternatif manakala Manfaat Pendapat Perubatan Kedua disediakan selepas diagnosis.

Pemegang polisi boleh mendapatkan perkhidmatan terkhusus 24/7, sokongan dan bantuan termasuk rundingan psikologi, pakar diet, rambut dan perkhidmatan penjagaan rambut palsu, penyediaan pengangkutan dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.axa.com.my

 

Mengenai AXA AFFIN Life Insurance Berhad

Ditubuhkan pada bulan Februari 2006, AXA AFFIN Life Insurance Berhad (AXA AFFIN Life) merupakan syarikat usahasama di antara AFFIN Holdings Berhad dan Kumpulan AXA, yang berpangkalan di Paris.

Mengenai AXA Asia

AXA Asia adalah pemain insurans terkemuka dengan menawarkan proposisi Insurans Nyawa dan Am dengan kehadiran operasi di Hong Kong, Singapura, Indonesia, China, India, Malaysia, Filipina dan Thailand.

Mengenai Kumpulan AXA

Kumpulan AXA adalah pemimpin di seluruh dunia di dalam pengurusan aset dan insurans, dengan 166,000 kakitangan melayan 103 juta pelanggan di 64 buah negara.

Mengenai Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia

Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, merupakan sebuah organisasi tidak berunsurkan keuntungan di Malaysia yang pertama yang membekalkan pendidikan, penjagaan dan perkhidmatan sokongan bagi mereka yang terkesan dengan kanser.

Untuk Maklumat dan Sokongan Kanser, sila hubungi 1-800-08-1000.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×