Minyak angin selalu menjadi pilihan utama bagi sesiapa sahaja untuk meredakan keradangan atau mengurangkan kesakitan. Ianya sudah menjadi kebiasaan buat ramai orang. Namun dengan minyak angin ini, anda tidak boleh sesuka hati untuk menggunakannya. Ini kerana sesetengah minyak angin ada menggunakan bahan yang tidak bersesuaian dengan semua terutamatanya untuk kanak kanak.
Minyak angin yang mempunyai Camphor agak berbahaya terutamanya buat kanak kanak berumur 2 tahun. Ini kerana ia boleh menyebabkan sawan dan kematian. Kurang percaya? Perkongsian oleh Pakar Pediatrik Dr Redza Zainol dilaman Facebooknya itu menerangkan bagaimana ianya boleh memberi kesan tidak baik kepada kanak kanak.
Sawan Tak Berhenti-Henti
“Doktor, budak 2 tahun ni dah satu jam sawan tak berhenti-henti.”
Ibu bapanya baru berpindah rumah. Ruang tamu mereka penuh dengan kotak dan barangan yang perlu disusun. Sambil ibu bapanya sibuk mengemas, anak ni jumpa ubat minyak cap kapak di dalam kotak. Tak lama lepas tu, dia mula muntah-muntah dan tak sedarkan diri.
Tak ada siapa pun nampak dia minum minyak cap kapak tu tapi bau minyak tu sangat kuat dari mulut dia.
Di wad, bermacam ubatan diberi untuk hentikan sawan. Tapi dia berterusan sawan hingga 5 jam dan akhirnya meninggal dunia.
“Puan, kami dah cuba semua jenis rawatan. Maafkan saya, anak puan dah tak ada lagi.”
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dari doktor pakar saya pada si ibu. Dia meraung sekuat-kuatnya. Digoncang-goncang badan anaknya. Tak bergerak, tak bernafas dan kulitnya mulai biru sejuk. Ayahnya tersandar di dinding. Masih tak percaya dengan apa yang berlaku. Kelu tak berkata apa-apa. Kisah benar ni tak akan saya lupakan.
Mengandungi Bahan Terlarang Untuk Kanak Kanak
Ubat minyak cap kapak mengandungi Camphor yang dilarang untuk diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun. Camphor atau kapur barus ialah bahan yang banyak diguna dalam produk sapuan di dalam pasaran untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
Menurut kajian penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva, kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik Camphor sebab ia mudah terserap melalui kulit dan membran mukus (mata, bibir, bahagian dalam hidung). Produk yang mengandungi camphor atau kapur barus ni jika diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun boleh menyebabkan sawan dan kematian.
Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang telah diletakkan. Mak ayah hati-hati ya. Jangan letak pada hidung, mata atau kulit yang luka. Ia akan terserap di dalam darah dan boleh capai tahap toksik di dalam badan. Apa pun produk yang kalian nak guna pada anak, biasakan diri untuk baca label.
Senarai Minyak Angin Yang Mengandungi Camphor
Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca dan ambil tahu. Jadilah mak ayah yang bijak.
Sumber : Redza Zainol