Famili

Atuk Nikah Dengan Gadis Usia 18 Tahun, Dapat Hantaran Sebuah Rumah & Umrah!

104
SHARES

Ajal maut dan jodoh di tangan Tuhan dan kita sebagai hamba-Nya tidak dapat menolak sebarang takdir yang ditentukan. Perkara ini sama seperti satu kisah tular di media sosial iaitu seorang lelaki berusia 65 tahun bernikah dengan gadis jelita berusia 18 tahun.

Difahamkan lelaki itu berstatus duda dan meskipun jarak usia adalah 47 tahun itulah bukan penghalang buat mereka untuk menjalin cinta.

Baca juga: Wanita Usia 128 Tahun Kongsi Rahsia Panjang Umur, Ada Lebih 50 Cucu Cicit

ATUK NIKAH DENGAN GADIS USIA 18 TAHUN, DAPAT HANTARAN SEBUAH RUMAH

Perkongsian ini dimuat naik oleh Facebook Happy-wedding Planner dan menerima pelbagai respon daripada warganet yang turut teruja melihat kebahagiaan pasangan suami isteri itu.

Haji Sondani dan keluarga menaiki bas dengan diiringi 1000 orang pengiring ke rumah pengantin perempuan. Lebih menariknya apabila saudagar tanah itu memberi wang hantaran sebanyak 500 juta rupiah (RM149,346.15), sebuah rumah, kereta dan menanggung perbelanjaan umrah untuk semua ahli keluarga pengantin perempuan.

Perkahwinan adalah Takdir. Mencintai ialah takdir. Siapa yang anda boleh merancang untuk berkahwin tetapi anda tidak boleh merancang cinta anda untuk siapa.  Selamat menempuh hidup baru. Semoga sakinah Mawadah warohmah buatmu.

“IBU DAH MENINGGAL DUNIA, BAPA STROK…”

Menerusi ruangan komen, individu yang dipercayai kenalan terdekat mengatakan bahawa ibu kepada pengantin perempuan sudah meninggal dunia dan bapanya seorang penghidap strok.

Via sanggup berkorban demi keluarga dan atas faktor kemiskinan dia rela menikahi duda yang kematian isterinya itu agar kelangsungan hidup lebih terjamin.

Alhamdulillah, semoga masjid yang dibina kekal hingga syurga dan dirahmati Allah SWT. Amin…

Sumber: Facebook Happy-wedding Planner

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×