Sihat

Asyik Nak Mengunyah, Ketahui 5 Sebab Perut Cepat Lapar Walaupun Baru Sahaja Makan

37
SHARES

Pernah tak rasa lapar walaupun baru sahaja lepas makan? Akhirnya, anda mengambil keputusan untuk terus mengunyah sepanjang masa. Biasanya rasa lapar akan datang setiap 3-4 jam setelah anda makan akan tetapi pasti ada kalanya anda terasa cepat lapar walaupun baru sahaja makan.

Jika perut anda mula berbunyi setelah sejam anda selesai makan, anda mungkin telah melakukan kesalahan dari segi pemakanan. Perut yang selalu tidak kenyang akan membuatkan anda mahu makan lagi dan secara tidak langsung membuatkan berat anda semakin bertambah. Ikuti artikel ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut.

Baca juga: 6 Resepi Perapan Dada Ayam Bagus Untuk Diet, Sedap-Sedap Pula Tu!

5 SEBAB KENAPA CEPAT LAPAR

1. Tidak bersarapan pagi 

Tidak bersarapan pagi juga boleh menjadi punca anda sering berasa lapar. Jadi, untuk pastikan anda berada dalam keadaan yang ok dan perut tidak berbunyi, jangan sesekali abaikan kelebihan bersarapan pagi.

2. Dehidrasi 

Kurang minum air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan seseorang itu cepat lapar. Pastikan anda minum banyak air secukupnya untuk tubuh, paling kurang 8 gelas sehari.

3. Makan cepat-cepat

Makan terlalu cepat juga boleh mengundang perut lapar. Hormon di dalam tubuh tidak boleh bekerja dalam waktu anda makan terlalu cepat. Anda patut percaya bahawa semakin lama anda mengunyah makanan, maka anda akan berasa kenyang lebih lama.

4. Stress 

Stress juga boleh menjadi punca perut lapar dan pada waktu itu, anda pasti akan terasa ingin memakan semua makannan.

5. Kurang tidur 

Ternyata kurang tidur akibat berjaga pada malam hari serta tidak cukup rehat juga boleh menjadi penyebab perut lapar. Disebabkan kurang rehatlah, tubuh susah untuk menghasilkan hormon yang meransang rasa kenyang.

Sumber: Women Online Magazine

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×