Hebahan

Asah Skill Anak Jadi Agen Perisik Bersama Ejen Ali Di Sunway Velocity Mall Sempena Cuti Sekolah!

10
SHARES

Bersempena musim cuti sekolah, Primeworks Studios dan WAU Animation telah melancarkan satu acara besar-besaran Ejen Ali, iaitu Misi : MATA Academy. Acara yang diinspirasikan oleh agensi perisik rahsia dari siri animasi tersebut terbuka secara percuma kepada orang ramai bertempat di Main Atrium, Sunway Velocity Mall, Cheras, selama 14 hari berturut-turut bermula 20 Mac sehingga 2 April 2019.

MACAM-MACAM AKTIVITI ADA!

Boleh buat apa di sini? Pengunjung berpeluang untuk menyelami dunia Ejen Ali melalui litar latihan ejen yang mencabar diikuti sesi beramah mesra bersama maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia, sesi melukis karakter kartun Ejen Ali, pertandingan mewarna dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ibu bapa yang bawa anak-anak juga boleh dapatkan produk-produk Ejen Ali yang terdiri daripada barangan permainan, buku, puzzle dan set alat tulis. Comel!

Jadual aktiviti

Ini adalah antara jadual susunan aktiviti buat para pengunjung yang sedang merancang membawa anak-anak ke acara tersebut. Memang sangat sesuai untuk ibu bapa luangkan masa berkualiti bersama anak-anak ketika musim cuti sekolah. Jadi, jangan lepaskan peluang bawa anak-anak anda ke sini kerana terdapat juga pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi. Antaranya adalah sijil, trofi dan barangan eksklusif Ejen Ali. Seronoknya!

Cabaran yang lebih genting

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, menambah, ‘Ejen Ali the Movie’ bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi dan susulan itu, dia berharap dapat mengumumkan kerjasama baharu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid, siri animasi Ejen Ali dua musim yang lalu telah menunjukkan karakter tersebut menerokai serangan terhadap agensi risikan MATA. Dalam filem yang akan datang, meraka mahu melontarkan cabaran yang lebih genting untuk Ejen Ali, melalui misinya sebagai seorang ejen perisik di samping misteri peribadinya dari masa lampau.

Manakala filem kali ini pula bakal menguji Ejen Ali untuk bangkit menentang ancaman baru yang ingin membawa kemusnahan kepada Cyberaya dan mencetuskan pemerintahan baharu.

Mengenai Ejen Ali The Movie

Ejen Ali menceritakan tentang seorang budak lelaki yang secara tidak sengaja terikat dengan peranti perisikan, IRIS, yang dimiliki oleh sebuah agensi rahsia, MATA dan kemudian terpaksa direkrut sebagai ejen perisik rahsia. Rentetan itu, Ejen Ali The Movie meneroka dunia pasca kekalahan penjahat, Uno dalam musim kedua siri animasi tersebut. Ketika Ejen Ali mengukuhkan peranannya selaku barisan pertahanan baharu Cyberaya, MATA telah membaikpulih Atlas, alat ciptaan Ali, menjadi IRIS Neo, yang membolehkan peranti baharu itu diguna pakai oleh ejen MATA yang lain.

Ciptaan baharu itu menimbulkan perasaan ragu-ragu di jiwa Ali tentang kedudukannya di MATA, dan dia kemudiannya didatangi oleh orang misteri yang mendakwa mengetahui sesuatu tentang masa silam Ali. Ejen Ali kini terjebak dalam misi berisiko tinggi untuk merungkai misteri kisah hidupnya, yang berpotensi untuk mengkhianati kesetiaannya kepada MATA.

Musim 1 dan 2 siri Ejen Ali disiarkan di TV3 Malaysia setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 5 petang dan juga di www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut tentang Ejen Ali, korang boleh ikuti Instagram, Facebook dan juga Youtube.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×