Percutian

Aquaria KLCC – Apa Yang Menarik Di Sini? Ini Pengalaman Saya.

2.9K
reads
Aquaria KLCC Tumpuan Pelancong dan Pelajar - 017

Aquaria KLCC merupakan satu tarikan premium di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur. Apabila terletak di kawasan business district, pengunjung pula mesti bersiap sedia untuk membayar harga premium juga. Sebelum saya bercerita tentang pengalaman di Aquaria KLCC, saya sertakan harganya dahulu.

Harga tiket masuk Aquaria KLCC

  • Dewasa : Biasa RM53, Mykad – RM40
  • Kanak-kanak (3-12 tahun) : Biasa Rm42, Mykad – RM30
  • 60 Tahun ke atas : Biasa RM32, Mykad RM30
  • Station Aquarius – RM5 untuk seorang

Premium pun premiumlah. Saya percaya ia tentu akan memberikan pengalaman berharga buat saya. Walaupun selalu menjejakkan kaki di sekitar KLCC, ini adalah kali pertama saya ke Aquaria KLCC. Persepsi bahawa Aquaria hanya untuk kanak-kanak terbukti salah. Sepanjang saya berada di sana, nampak orang dewasa lebih bersemangat dari kanak-kanak!.

 

Aquaria KLCC Tumpuan Pelancong dan Pelajar - 001

Pameran Hidupan Laut di Aquaria KLCC yang cukup menyeronokkan!

Pertama kali masuk Aquaria KLCC, nampak ramai sangat budak sekolah yang sedang beratur. Mula-mula terasa macam “Wei, aku bukan budak sekolah. Mesti tak best kat dalam ni”. Namun, apabila sudah masuk, tidak berkelip mata saya melihat keindahan dasar laut tanpa perlu masuk ke dalam dasar laut.

Apa yang lebih menarik, sepanjang perjalanan di Aquaria KLCC, tour guide akan sentiasa ada untuk anda untuk memberi penerangan kepada anda mengenai kehidupan laut. Sedikit sebanyak, dapat tambah ilmu yang sebelum ini saya tidak tahu.

Aquaria KLCC Tumpuan Pelancong dan Pelajar - 003

Kawasan yang dibuka untuk anda menyentuh hidupan laut!

Aquaria KLCC Tumpuan Pelancong dan Pelajar - 004

Ini pun boleh di sentuh dan dipegang. Kawasan ini dijaga oleh staff Aquaria KLCC dan akan bantu anda kalau nak sentuh haiwan disini.

Aquaria KLCC Tumpuan Pelancong dan Pelajar - 005

Aquaria KLCC Tumpuan Pelancong dan Pelajar - 009

Tube Tank 15 kaki seperti di Tasik Kenyir

4 Fakta yang anda perlu tahu tentang Aquaria KLCC

Ini bukan akuarium biasa yang bakal mengundang kebosananan. Saya pasti, setiap saat bakal menjanjikan satu pengalaman yang cukup menarik. Antaranya ialah:

  • Mempunyai Lorong Underwater paling panjang di Malaysia iaitu 90 meter.
  • Mempunyai Single Tank terbesar di Malaysia dengan isian air masin sebanyak 2.5 juta liter
  • Mempunyai tangki tiub yang di reka berdasarkan Tasik Kenyir Terengganu setinggi 15 kaki
  • Dan, satu-satunya Aquarium di Malaysia dibenarkan untuk mempamerkan lebih kurang 200 ekor ikan Red-bellied Piranhas

Aktiviti di Aquaria KLCC

Ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di Aquaria KLCC, dan pasti ia akan menarik minat lebih-lebih lagi kanak-kanak.

  • Cage Rage – Untuk mereka yang nak dive tetapi tiada lesen diving. Cage Rage ada untuk anda lihat hidupan laut lebih dekat
  • Dive with Sharks – Untuk mereka yang mempunyai lesen diving, boleh menyelam bersama ikan jerung kalau berani lah! heh Ada 5 spesis ikan jerung di Aquaria KLCC.
  • Sleep with Sharks – Ini untuk kanak-kanak yang ada impian nak tidur bersama ikan jerung. Kalau datang Aquaria wajib la buat. Rugi masuk aquaria tak cuba ini!
  • Feeding Sessions – Aktiviti yang dinantikan, boleh melihat penjaga aquarium memberi makan kepada ikan jerung dan hidupan laut yang lain. Seronok tengok kanak-kanak menjerit, takut pula penjaga kena gigit dengan jerung! heh

Aquaria KLCC Tumpuan Pelancong dan Pelajar - 012

Aquaria KLCC Tumpuan Pelancong dan Pelajar - 013

Feeding Sessions… “Saya nak bagi makan..awak ni kenapa garang sangat. Cuba senyum sikit sharks..” hehe

Aquaria KLCC Tumpuan Pelancong dan Pelajar - 018

Kudaku gagah berani! hehe.. Kuda laut. Ada yang tak kenal ke?

Teruja dengan Terowong Underwater sepanjang 90 meter 

Terowong underwater adalah yang paling menjadi tumpuan semua kerana boleh melihat hidupan laut berenang diatas kepala kita. Banyak hidupan laut boleh dilihat disisi kiri dan kanan, serta di bahagian atas kepala. Semuanya besar-besar termasukklah penyu, ikan jerung dan ikan pari.

Aquaria KLCC Tumpuan Pelancong dan Pelajar - 015

Aquaria KLCC Tumpuan Pelancong dan Pelajar - 017

Keterujaan terserlah!

Aquaria KLCC Tumpuan Pelancong dan Pelajar - 014

Ikan pari besar! Hai, awak yang lebih teruja dari kanak-kanak disitu..

Tambah RM5 Masuk Station Aquarius!

Selepas habis jelajah Aquaria KLCC, masuk pula bilik sebelah iaitu Station Aquarius. Yang ini masuk kena bayar RM5 masa beli tiket nak masuk Aquaria KLCC.

Apa yang ada? Di sini ada workshop yang berteknologi tinggi untuk buat aktiviti seperti belajar mengenai hidupan laut untuk teruskan kehidupan. Ada empat lab iaitu Genus Lab, Seahorse Lab, Jellyfish Lab dan Moon Lab.

Station Aquarius Aquaria KLCC -001

Sesi bedah katak menggunakan program!

Station Aquarius Aquaria KLCC -002

Station Aquarius Aquaria KLCC -003

Tengok gambar pun sudah rasa seronok, apatah lagi jika berada di sana. Jangan lupa bawa anak-anak ke Aquaria KLCC kalau ada masa lapang. Asyik main iPad dan laptop sahaa, apa kata cuti hujung minggu ni bawa anak-anak ke Aquaria KLCC. Pasti lebih menyeronokkan!.

Yang Popular

To Top