Terapi

Geli & Seram Tengok Lubang-lubang Kecil, Ini 5 Perkara Tentang Trypophobia Yang Anda Alami

2.8K
SHARES

Rasa geli dan seram sejuk tak tengok gambar berlubang-lubang macam di bawah ni?

Kalau ya, anda mungkin tergolong dalam 16% manusia yang mengalami sejenis kondisi digelar trypophobia.

Rasa takut atau jijik pada lubang-lubang yang membuat anda rasa tak selesa ini biasa didapati dalam pelbagai situasi, termasuklah bahan semulajadi seperti wap air, tumbuh-tumbuhan, kulit haiwan, dan sarang lebah.

Namun, apakah keadaan ini benar-benar dianggap fobia?

1. Definisi Trypophobia

Ada banyak jenis fobia dalam dunia dan trypophobia merupakan antara yang sering menjadi bualan dan perdebatan.

Secara definisinya, istilah trypophobia bermaksud ketakutan, rasa geli atau ketidakselesaan yang melampau terhadap lubang-lubang yang berdekatan antara satu sama lain.

Mereka yang mengalaminya boleh mengalami rasa seram, geli, mual atau tak senang duduk bila melihat permukaan yang berlubang-lubang.

2. Perkara Yang Mencetuskan Trypophobia

Antara imej atau benda yang biasa mencetuskan trypophobia ini adalah:

  • Biji bunga teratai
  • Sarang lebah / honeycombs
  • Kulit strawberi
  • Permukaan batu karang
  • Kondisi tertentu pada kulit manusia
  • Wap air
  • Buih
  • Kulit haiwan yang bersisik, atau berlubang-lubang

Apakah Trypophobia

3. Simptom

Mereka yang mengalami trypophobia boleh mengalami simptom ini apabila berhadapan dengan objek seperti yang disenaraikan di atas.

  • Resah / gelisah
  • Rasa tak selesa
  • Seram sejuk / naik bulu roma
  • Kecelaruan visual, sakit mata
  • Panic attack
  • Berpeluh
  • Mual
  • Menggigil

Foto Kredit: neemonstlag.nl

4. Penjelasan Dari Sudut Sains

Sehingga kini, penyelidik masih berselisih pendapat sama ada untuk mengklasifikasikan trypophobia sebagai sejenis fobia yang sebenar.

Antara kajian terawal yang diterbitkan pada tahun 2013 oleh University Essex, dalam Journal of Psychological Science mendapati bahawa fobia ini mungkin tercetus akibat rasa takut terhadap haiwan berbisa seperti ular atau blue ringed octopus.

Namun pada tahun 2017, sekumpulan penyelidik melaporkan bahawa hasil kajian mereka mendapati trypophobia tidak mempunya perkaitan dengan rasa takut terhadap haiwan berbisa. Sebaliknya, mereka yang mengalaminya hanya berasa jijik terhadap rupa bentuk sesuatu objek / imej itu sahaja.

Buat masa ini, Persatuan Psikiatrik Amerika juga tidak memyenaraikan trypophobia sebagai sejenis fobia secara rasminya dalam Diagnostic and Statistical Manual (DSM-5).

Mereka berpendapat lebih banyak kajian diperlukan bagi mengenalpasti fobia ini dengan lebih terperinci.

Foto kredit: everydayhealth.com

5. Kesimpulan

Sesetengah pengkaji menemui bukti bahawa trypophobia ini benar-benar wujud dan memberi impak terhadap kehidupan harian jika terdedah kepada imej / objek yang menjadi pencetusnya.

Dalam sebuah lagi kajian tahun 2016, trypophobia turut dikaitkan dengan social anxiety.

Menurut laman WebMD, simptom trypophobia ini lebih menjurus kepada panic attack dan social anxiety.

Sungguhpun ia masih belum diputuskan sebagai sejenis fobia yang sebenar secara rasmi, mereka yang mengalaminya boleh mengatasi keadaan ini melalui pelbagai rawatan seperti terapi, teknik pernafasan, self-help atau atau kaunseling bagi mengurangkan hipersensitiviti ini.

Apapun, jika anda merasakan ianya menjadi beban yang mengganggu hidup anda secara serius, berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat selanjutnya ok!

 

*Rujukan: WebMD, HealthLine.com, verywellmind.com, everydayhealth.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×