Famili

Apa Yang Tersembunyi Dalam Susu Tepung Rumusan Anak Anda? Tak Semua Bahan Si Manja Perlukan..

1.9K
SHARES

Susu sememangnya memberikan khasiat yang baik untuk anak-anak. Ia padat dengan pelbagai jenis nutrien, vitamin dan mineral. Kalsium susu baik untuk gigi dan tulang yang kuat. Susu juga mengandungi protein dan karbohidrat untuk tumbesaran si manja. Tapi, adakah anda tahu bahawa mungkin terdapat gula tambahan yang terkandung dalam susu anak anda?

Kebanyakkan ibu bapa menghadkan pengambilan gula untuk anak-anak mereka kerana pengambilan gula berlebihan merupakan salah satu faktor yang mungkin meningkatkan risiko  obesiti dan juga penyakit-penyakit lain. Ia mungkin sesuatu yang mengejutkan bagi sesetengah ibu bapa namun, usah khuatir. Baca post ini sampai habis dahulu.

Mengikut statistik terbaru Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan, lebih daripada 6% kanak-kanak di Malaysia di bawah umur 5 tahun dikenal pasti mempunyai berat badan berlebihan.

Manakala hampir 12% kanak-kanak dan remaja berumur bawah 18 tahun mempunyai berat badan berlebihan. Mesti anda tak sangka semuda itu kan?

Kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan gula tambahan yang berlebihan dalam sajian harian mereka. Jadi kenapa gula telah ditambah dalam susu anak anda?

Gula tambahan tu sebenarnya apa?

Gula tambahan ialah gula dan sirap yang ditambah ke dalam makanan dan minuman ketika dalam proses penyediaannya. Tapi jangan risau, gula-gula semula jadi dalam buah-buahan dan susu asli tu bukan gula tambahan tau.  

Apa yang lagi mengejutkan ialah kebanyakan kanak-kanak prasekolah di Malaysia rata-rata mengambil gula sebanyak 7.6 sudu teh gula setiap hari!

Ia jauh lebih tinggi daripada Garis Panduan Pemakanan Malaysia (MDG) untuk Kanak-kanak dan Remaja 2013 yang mencadangkan agar kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun tidak mengambil lebih daripada tiga sudu teh gula tambahan setiap hari.

Kenapa gula tambahan ni tidak baik?

Seperti gula biasa, pengambilan gula tambahan yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius terhadap kanak-kanak antaranya ialah:

  • Meningkatkan kemungkinan obesiti.
  • Memberikan impak kepada deria rasa dan menyebabkan kanak-kanak gemar makanan atau minuman yang manis.
  • Meningkatkan risiko masalah kavitis.

Macam mana nak tahu itu ialah gula tambahan? 

Gula tambahan mempunyai nama-nama yang berbeza dan rumit! Kenal pasti beberapa nama-nama gula tambahan seperti yang tertera di sini:

  • Maltodekstrin
  • Pepejal Sirap Glukosa
  • Sukrosa
  • Gula Perang
  • Pepejal Sirap Jagung
  • Dekstrosa
  • Glukosa
  • Fruktosa
  • Maltosa

Tahukah anda…?

Laktosa adalah sejenis gula semula jadi yang terdapat dalam susu. Tetapi jika laktosa terdapat di bahagian ramuan teratas di label makanan, ia bermakna ia telah ditambah masuk ke dalam produk tersebut!

Jadi, semasa memilih susu tepung rumusan penting untuk anda memilih susu tanpa gula tambahan.

Kalau anda nak tahu, semakin awal gula tambahan berada dalam susunan ramuan, semakin tinggi kandungannya dalam produk tersebut. Anda boleh semak label untuk periksa sekiranya makanan atau minuman yang anda nak beli tu ada gula tambahan. Caranya ialah:

Langkah 1: Kenal pasti senarai ramuan.

Langkah 2: Cari nama-nama gula tambahan seperti tertera di atas.

Berhati-hati dengan gula tambahan! Tapi wujudkah produk susu tanpa gula tambahan?

Kadang-kadang kita ingat setiap kandungan ramuan seperti gula tambahan yang tertera dalam bahagian ramuan diperlukan oleh kanak-kanak, sebernarnya tidak semestinya diperlukan.

Tapi ada juga produk yang korang boleh yakin tidak mengandungi sebarang gula tambahan!

Anmum™ Essential adalah satu-satunya susu tepung rumusan kanak-kanak dengan 0% Gula Tambahan**. 100% Kebaikan Susu. Kini dengan Mind-Q Connect, mengandungi DHA dan 2x lebih GA® (Gangliosida)**.

Jadi ibu bapa, maksimumkan hubungan sel-sel otak anak anda hari ini dengan berinteraksi bersama anak dan pemakanan yang baik.

Maklumat lanjut anda boleh klik disini!

*berbanding susu formula dahulu

**Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa,  Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih didefinasikan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL231997. CODEX mewujudkan dan meyelaraskan garis panduan dan kod amalan piawaian makanan antarabangsa.

Di bawah Akta Pemakanan Malaysia1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa dan Madu didefinasikan sebagai bahan pemanis.

Di bawah Piawaian Pemakanan Australia New Zealand – Standard 1.1.2, Sirap Glukosa, Maltodekstrin dan produk serupa didefinasikan sebagai gula.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×