Sihat

Antibodi ‘Serang’ Diri Sendiri, Kenali Apa Itu Penyakit ‘Vaskulitis’ Yang Dialami Putera Azim

402
SHARES

Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan berita kemangkatan Putera Sultan Brunei Pengiran Muda Haji Abdul Azim yang merupakan abang kepada Putera Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen. Berita ini turut menimbulkan persoalan orang ramai tentang keadaannya dan tertanya-tanya sakit apakah yang dialami oleh Putera Azim.

PERSOALAN PENYAKIT PUTERA AZIM…

Sedih dan pilu mendengar berita kemangkatan putera Sultan Brunei Pengiran Muda Haji Abdul Azim yang sememangnya aktif dalam advokasi isu semasa seperti masalah autisme & golongan OKU.

Persoalan mengenai penyakit yang dihadapi putera itu menjadi perbincangan di media sosial sehingga adindanya, Pengiran Muda Abdul Mateen mendedahkan punca sebenar kemangkatan abangnya di laman sosial Instagram (IG) adalah akibat ‘systemic vasculitis’ berikutan masalah autoimune.

Bukan mudah untuk pesakit berjuang melawan masalah penyakit seperti ini. Lebih lebih lagi apabila ia berpunca dari masalah autoimune dimana antibody tubuh “menyerang” diri sendiri.

APA ITU PENYAKIT VASKULITIS?

Vaskulitis bermaksud keradangan saluran darah. Ia menyebabkan perubahan pada dinding saluran darah, termasuk penebalan, lemah dan penyempitan. Perubahan ini menyebaan aliran darah tersekat lalu mengakibatkan kerosakan organ dan tisu.

Terdapat banyak jenis vaskulitis, dan kebanyakannya JARANG berlaku. Vaskulitis mungkin hanya mempengaruhi satu organ, atau beberapa organ. Keadaannya boleh menjadi jangka pendek (akut) atau berpanjangan (kronik).

Tanda dan gejala vaskulitis sangat berbeza. Gejala biasanya berkaitan dengan gangguan aliran darah ke seluruh badan.
Tanda dan gejala umum vaskulitis termasuk:

-Demam

-Sakit kepala

-Keletihan

-Pengurangan berat

-Sakit dan kesakitan umum

-Berpeluh malam

-Ruam

-Masalah saraf

Apakah punca vaskukitis?

Punca sebenar vaskulitis tidak difahami sepenuhnya. Ia mungkin berpunca dari keturunan atau jangkitan seperti;

1. Jangkitan, seperti hepatitis B dan hepatitis C

2. Kanser darah

3. Penyakit sistem imun, seperti rheumatoid arthritis, lupus dan scleroderma

4. Reaksi terhadap ubat tertentu

Komplikasi Vaskulitis

1. Kerosakan organ. Beberapa jenis vaskulitis boleh menjadi teruk, menyebabkan kerosakan pada organ utama. Berdasarkan kenyataan dari Pengiran Mateen, ini mungkin komplikasi yang berlaku yang menyebabkan Negara Jiran Brunei kehilangan satu permata berharga.

2. Gumpalan darah dan aneurisma. Gumpalan darah boleh terbentuk di saluran darah, menghalang aliran darah.

3. Kehilangan penglihatan atau kebutaan.

4. Jangkitan. Ini termasuk keadaan serius dan mengancam nyawa, seperti radang paru-paru dan jangkitan darah (sepsis).

Sumber: Public Heatlh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×