Euforia Bola 2026
Famili

Anjing Gergasi 60kg Serang Dua Anjing Peliharaan Hingga Mati, Pemilik Cemas Cuba Selamatkan Haiwan

anjing gergasi

Kejadian tragis di Yuen Long, Hong Kong pada Isnin lalu meragut nyawa dua anjing peliharaan selepas seekor anjing gergasi seberat kira-kira 60 kilogram menyerang secara agresif ketika haiwan itu dibawa bersiar-siar.

Mangsa ialah seekor Bichon berusia empat tahun dan seekor poodle berusia 17 tahun yang dilaporkan diserang oleh anjing besar berkenaan di Taman YOHO Lollipop.

Baca juga: [VIDEO] Kasut Hilang Dalam Timbunan, Lelaki Ini Kongsi Cara Guna ChatGPT Sebagai ‘Penyelamat’!

ANJING GERGASI TANPA PENGAWASAN BAHAM 2 ANJING PELIHARAAN

anjing gergasi

Tangkap layar video X

Pemilik Bichon terbabit kemudian tampil di media sosial pada Selasa untuk menceritakan detik cemas ketika dia cuba sedaya upaya menyelamatkan haiwan kesayangannya.

Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dia membawa Bichon miliknya berjalan seperti biasa sebelum seekor anjing besar, yang dikatakan hampir separuh ketinggian tubuhnya, tiba-tiba meluru keluar dan menggigit bahagian leher haiwan berkenaan.

Dalam keadaan panik, dia cuba melakukan pelbagai cara untuk membuatkan anjing terbabit melepaskan gigitannya.

“Saya cuba semuanya…menendang anjing besar itu, menyembur air ke hidungnya dan menggunakan makanan untuk menarik perhatiannya, tetapi ia terus menggigit anjing saya dan tidak mahu melepaskannya,” katanya.

Jeritan meminta pertolongan kemudian menarik perhatian orang ramai yang berada di sekitar lokasi. Bagaimanapun, saiz dan kekuatan anjing berkenaan menyebabkan usaha untuk menghentikan serangan itu tidak berhasil.

Pemilik Bichon terbabit akhirnya hanya mampu melihat haiwan kesayangannya kehilangan nyawa dalam kejadian berkenaan.

Lebih menyayat hati, anjing besar itu masih berada di sisi badan Bichon berkenaan seolah-olah menjaganya sehingga polis tiba dan berjaya mengawalnya.

Keluarga kehilangan ‘malaikat kecil’

anjing gergasi

Tangkap layar video X

Pemilik Bichon tersebut menggambarkan haiwan kesayangannya sebagai anjing yang sangat baik dan lembut, malah dianggap sebagai ‘malaikat kecil’ dalam keluarga.

Kehilangan secara mengejut itu meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh keluarga sehingga mereka dikatakan tidak dapat tidur sepanjang malam.

“Saya sangat mahu memeluknya semula dan menciumnya. Saya tidak percaya dia pergi secara tiba-tiba seperti ini,” luahnya.

Dia turut mendakwa pemilik anjing besar berkenaan tidak muncul di lokasi sepanjang kejadian berlaku.

Baca juga: “Aduhhh Mesti Pijar”- Didakwa Jadi Orang Ketiga, Wanita Ini Diserbu & Dilumur Sambal Dalam Video Viral!

Anjing berkenaan dibawa ke pusat pengurusan haiwan

Susulan kejadian itu, Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) Hong Kong mengambil tindakan dengan membawa anjing berkenaan ke sebuah pusat pengurusan haiwan di bawah seliaan jabatan tersebut.

Pemeriksaan mendapati anjing berkenaan mempunyai cip mikro yang ditanam pada tubuhnya selain memiliki lesen anjing yang masih sah.

Pihak AFCD kemudian akan menggunakan maklumat pada lesen tersebut untuk menghubungi pemilik berdaftar bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

Tindakan pendakwaan akan diambil sekiranya siasatan mendapati terdapat bukti yang mencukupi.

Kejadian ini turut mencetuskan kebimbangan mengenai kepentingan pemilik memastikan haiwan peliharaan berada di bawah kawalan ketika berada di tempat awam, khususnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini melibatkan haiwan lain dan orang sekeliling.

Baca juga: Ustazah Arah 27 Murid Tak Hafal Asmaul Husna Cubit Sesama Sendiri, Ada Yang Kena Sampai 80 Kali!

Sumber: DotDotNews

FT Image: X @Rabbitholedept

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×