Rumah

Anda Mungkin Tak Sedar, Rupanya Inilah 8 Tempat Paling ‘Kotor’ Di Dalam Rumah!

74
SHARES

“Aku dah cuci rumah dengan bersih dah bulan lepas, bulan ni tak payah cuci dah lah”

Mungkin anda menganggap bahawa rumah anda dah cukup bersih tetapi sebenarnya tidak. Tahukah anda bahawa bakteria boleh merebak dalam jangka masa setiap 20 minit jika suhu dan keadaan bersesuaian? Haa, apatah lagi kalau nak bersihkan rumah sebulan sekali sahaja, berapa banyak bakteria dah ada dekat rumah tu? Tetapi, jangan risau, bukan semua bakteria akan menjadikan anda sakit tetapi tak salah kalau kita menjaga kebersihan rumah.

8 TEMPAT DI DALAM RUMAH YANG SEBENARNYA PALING ‘KOTOR’!

1. Dapur

http://thestressedmom.com/

Berdasarkan National Sanitation Foundation, dapur dikatakan mempunyai banyak bakteria dari kawasan lain di dalam rumah adalah kerana ia merupakan tempat dimana makanan disimpan dan disedikan. Lebih daripada 75 peratus span basuh pinggan dan rak pinggan yang terdedah dengan bakteria seperti Salmonella dan E-coli. Antara barang dapur yang memerlukan pencucian secara berkala adalah papan pemotong, coffee maker, peti sejuk dan singki.

2. Tombol pintu, suis

http://www.hanincoc.org/

Kaunter dapur, tombol pintu dan suis lampu atau kipas juga menjadi antara kawasan yang mempunyai bakteria yang banyak. Bukan sahaja tombol/ pemegang pintu bilik air yang dikatakan paling kotor, malah ada tempat lain lagi yang lebih kotor tau. Antaranya adalah suis lampu tandas, pemegang pintu peti sejuk, ‘stove knob’ dan pemegang pintu microwave.

3. Beg alat solek

www.groupon.com

Haa, ini mungkin ramai wanita yang terlepas pandang. Segala berus mekap dan span bedak amat mudah untuk terdedah dengan bakteria, tambah pula kalau bawa beg alat solek tu ke luar kawasan rumah. Untuk pengetahuan anda, kuman dan bakteria yang melekat pada barang alat solek kita itu akan menyebabkan kulit kita bermasalah dan jangkita kuman pada mata! Oleh itu, anda perlu susun semula segala alat solek anda dan disimpan di tempat yang bersih, dan kering. Jangan lupa untuk basuh berus solek dibasuh menggunakan air suam sebanyak seminggu sekali.

4. Bilik air/ Tandas

http://www.ecohome.net/

Ini memang sudah diketahui ramai kerana inilah tempat dimana kita mencuci badan dari segala kekotoran dan membuang air kecil dan besar. Disebabkan tandas merupakan tempat yang lembap, maka ia merupakan tempat yang sangat sesuai untuk bakteria membiak. Antara kawasan di dalam tandas yang anda perlu ambil perhatian berdasarkan aspek kebersihan adalah shower tub, lubang tandas, lantai tandas, berus gigi dan tuala.

5. Mesin basuh

http://www.diffen.com/

Kenapa mesih basuh banyak bakteria? Seperti yang diberitahu, tempat yang lembap amat ‘digemari’ oleh bakteria kerana mudah untuk mereka membiak. Begitu juga dengan mesih basuh. Tambah pula kalau anda suka membiarkan baju basah di dalam mesin dalam masa yang lama. Sebenarnya, kalau anda membiarkan baju basah di dalam mesin lebih dari 30 minit, anda kena basuh lagi sekali! Diingatkan juga, kalau sebelum basuh baju anda dah basuh pelapik kaki atau kain dapur, pastikan anda memcuci dahulu mesin basuh supaya bakteria tidak terlekat di baju-baju anda nanti!

6. Ruang tamu rumah

http://herb.co/

Aik? Ruang tamu rumah dah dicuci selalu pun ada bakteria? Anda jangan terkejut kalau sebenarnya bakteria tersebut bukan sahaja ada di sofa dan karpet ruang tamu, malah di tempat yang kita tak sangka pun ada tau! Antaranya adalah remote televisyen. Hal ini kerana, alat kawal jauh tv ini digunakan oleh semua ahli keluarga di dalam rumah. Ada yang tangannya bersih, ada yang tangan tak bersih. Jadi, kalau anda nak bersihkan ruang tamu tu, jangan lupa untuk bersihkan bahagian-bahagian yang kecil juga ya.

7. Haiwan peliharaan

homeremediesfor.com

Haiwan peliharaan seperti kucing kalau ada dekat rumah memang seronok kan? Tapi, awas kerana bulu kucing ini juga boleh menyebabkan asma kepada kanak-kanak. Bukan itu sahaja, haiwan peliharaan juga sangat berpotensi untuk membawa bakteria yang banyak ke dalam rumah. Mana tidaknya, takkan nak biarkan haiwan berada di dalam rumah sepanjang masa sahaja kan? Mestilah kena keluar bermain di luar juga. Oleh itu, anda boleh cuba untuk membersihkan kaki kucing sebelum membiarkan mereka masuk ke dalam rumah dan mandikan mereka seminggu sekali.

8. Barang persendirian

http://absfreepic.com/

Tanpa kita sedari, sebenarnya kita sendiri telah ‘membawa’ bakteria pualng ke rumah kita setiap hari. Ianya adalah melalui kasut, beg tangan,  dan termasuk juga telefon bimbit! Antara barangan lain yang berpotensi besar untuk mempunyai bakterua yang banyak adalah telefon bimbit, kunci, dompet, duit dan bekal makanan pun! Oleh itu, jangan lupa dan malas untuk cuci atau lap barangan peribadi anda juga ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×