Segelintir individu memilih untuk tidak bangun bersahur kerana mengantuk, letih dan penat. Sebenarnya, itu bukanlah satu alasan yang patut digunakan kerana dengan bersahur ia dapat membantu menguatkan tubuh badan serta memberi tenaga.
Seperti yang kita tahu, bersahur juga merupakan satu perkara sunnah. Justeru itu, seorang ibu di laman Facebook, berkongsi satu kisah yang memberi inspirasi untuk orang ramai. Dia memilih untuk menjadi sahur kali ini sedikit berbeza dengan menyajikan menu berbeza-beza dan baharu untuk bersahur. Ikuti perkongsiannya di bawah. Sangat memberi inspirasi!
Baca juga: Demi Jaga Anak OKU & Ibu, Wanita Ini Masak Siap 22 Jenis Lauk Frozen Untuk Puasa
TANDA HADIAH UNTUK SUAMI & ANAK-ANAK, IBU SEDIA MEHU SAHUR
Menerusi perkongsian seorang ibu bernama Busseroa Abd Jalil di laman Facebooknya, dia memberitahu sejak sebelum bulan Ramadan tiba, dia sudah berniat untuk memberi kelainan untuk menu sahur.
Jelasnya, waktu bersahur pada bulan Ramadan kali ini akan dijadikan hadiah untuk si suami serta anak-anak tercinta berikutan untuk menjadikan waktu bersahur lebih meriah dan tidak ‘sendu’.
Sebahagian daripada menu sahur saya dan family tahun ini. Sejak sebelum Ramadan lagi saya sudah berniat, puasa tahun ini saya nak buat kelainan pada menu bersahur. Saya mahu waktu bersahur menjadi hadiah daripada saya untuk suami dan anak-anak.
Sebelum-sebelum ini, waktu berbuka masing-masing excited. Tetapi waktu sahur sendu dan layu. Sedangkan kata ustaz, masak untuk orang berbuka dan bersahur juga satu ibadah. Jadi saya berusaha sekadar yang terdaya.
Tambahnya juga, dia berusaha sekadar mampu untuk menjadi waktu bersahur lebih meriah dan dihargai kerana bersahur juga merupakan salah satu ibadah dan sunnah seperti perkongsian seorang ustaz sebelum ini.
Kelainan yang dipilih sudah tentunya membuahkan hasil. Setiap hari si suami dan anak sangat gembira dan bersemangat untuk bangur sahur kerana tidak sabar untuk melihat juadah yang akan disediakan untuk dijamah bersama.
Hasilnya setiap hari anak-anak dan suami bangun sahur dengan mood yang amat ceria dan bersemangat walaupun menu yang saya masak biasa-biasa sahaja. Mereka tak sabar nak tahu apa hidangan yang ada.
Alhamdulillah. Semoga perkongsian saya ini memberi sedikit inspirasi dan semangat buat kita bersama. Selamat menggandakan ibadah buat semua.
MENU SIHAT, HEBAT IBU NI!
Perkongsian ibu tersebut sudah tentunya dibanjiri komen oleh warganet. Sehingga artikel ini ditulis, posting itu menerima lebih satu ribu tanda likes.
Ibu-ibu di luar sana memuji kehebatan Busseroa kerana begitu gigih dan rajin menyediakan pelbagai hidangan menu berlainan setiap hari untuk bersahur.
Sumber: Facebook Busseroa Abd Jalil