Famili

“Bab Anak Jangan Sentuh!”- Syifa Melvin Bengang, Individu Misteri Samakan Wajah Anak Dengan Haiwan

1
SHARES
syifa melvin

Terbaharu, pelakon dan personaliti media sosial, Syifa Melvin bengang apabila seorang individu yang tidak dikenali menghina wajah anak lelakinya iaitu Saif Sulaiman seperti haiwan. Malah,  tiada angin tiada ribut, individu yang disyaki menggunakan akaun palsu ini menyamakan wajah anaknya itu seperti khinzir!

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 30, berkata, dia tidak akan berlembut sekiranya bertemu dengan individu berkenaan yang menggunakan nama Nur Lily Ilyana di Instagram.

Baca juga: Siti Nurhaliza Dinobat Biduanita Negara, Sebak Terkenang Kata-Kata Arwah Ayah Ibaratkan Dirinya ‘Bunga Melur’

SYIFA MELVIN BENGANG, MINTA RAKYAT MALAYSIA CARI SIAPA INDIVIDU KURANG AJAR TERSEBUT

syifa melvin

Untuk pengtahuan semua, Syifa mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Kebangsaan iaitu Safawi Rashid pada 28 November 2022. Pada September tahun lalu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia setahun.

Oleh kerana bengang dan terkejut dalam masa yang sama, Syifa meminta orang ramai membantu menjejaki individu tersebut. Syifa berkongsi permintaan itu menerusi Instastory miliknya pada Ahad.

“Wahai hackers Malaysia, tolong Syifa cari budak ini. Anak h***m siapa, tak puas hati pakai akaun palsu!

“Aku dapat kau, muka kau aku seret dekat jalan. Aku saya dia yang macam b**i. Bab anak dan keluarga aku kau jangan sentuh,” tulisnya.

syifa melvin

Dalam hantaran tersebut, Syifa turut berkongsi tangkap layar memaparkan pengguna akaun berkenaan yang menyamakan wajah anaknya dengan haiwan. Ujar Syifa, dia sangat marah kerana individu berkenaan mengutuk anaknya yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa.

“Aku syak dia yang macam b*bi. Bab anak aku, keluarga aku hang jangan sentuh. Hang sakit mental ka bukan masalah aku. Aku memang akan cari sampai jumpa. Hang budak ka, terencat akal ka, tak matang ka, mai sini aku ajar hang adab dan cara matang”.

“Mungkin mak bapa hang tak ajar hang. Mengetaq dah nak ajar hang. Tolong Syifa cari!” katanya lagi.

*Tak sangka, tergamak hati orang ini yang menyamakan seorang bayi dengan haiwan…

Baca juga: Umum Awal TAK KALUT, Tarikh Jangkaan Sambut Bulan Ramadan & Raya Tahun 2025 ‘Viral’!

Sumber: Syifa Melvin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×