Advertorial

Anak Sering Menangis, Mungkin Ini Sebabnya – Bersama Pakar Pediatrik

161
SHARES
anak sering menangis

Semua anak-anak akan menangis terutamanya bayi. Menangis merupakan salah satu cara mereka berkomunikasi dengan dunia luar. Ianya dipengaruhi oleh persekitaran bayi dan dizahirkan di dalam konteks keluarga, sosial dan budaya.

Menangis juga boleh menunjukkan isyarat yang bayi sedang lapar, berasa sedih, tidak selesa, bosan, penat ataupun berada dalam kesakitan. Kekerapan dan intensiti tangisan seseorang bayi adalah berbeza mengikut keadaan.

Sebelum kita mengupas lebih jauh perihal anak sering menangis, ayuh kita lihat latarbelakang Dr. Fadzillah Hj Ghazali yang merupakan pakar perunding kanak-kanak di DEMC:

Latarbelakang Dr Fadzillah Hj. Ghazalli

Md (USM), M.MED (PAEDS)(UKM)

Dr. Fadzillah telah memperolehi Master of Medicine (Pediatrics) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1998 selepas memperolehi Ijazah Perubatan daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada tahun 1991. Beliau sebelum ini merupakan Pakar Klinikal di Hospital Seremban. Sekarang, Dr. Fadzillah merupakan Pakar Perunding Pediatrik di DEMC Specialist Hospital dan merupakan salah seorang daripada perintis Pakar Pediatrik sejak memulakan kerjaya beliau pada tahun 2009.

Dengan pengalaman beliau selama berbelas-belas tahun ini, jom kita korek sedikit rahsia mengapa anak sering menangis dan cara untuk mengatasinya.

dr_fadzillah

Punca Anak Sering Menangis, Terutamanya Waktu Malam

Pertama sekali, periksa terlebih dahulu punca biasa mengapa anak sering menangis. Mungkin mereka lapar, kembung perut, lampin penuh atau pun berasa panas. Selain itu, cuba periksa badan kanak-kanak jika ianya panas kerana barangkali mereka demam.

Tetapi, tidak dinafikan, kembung perut adalah salah satu punca utama bayi menangis – ianya berlaku lebih dari 3 jam setiap hari, lebih dari 3 hari seminggu dan lebih dari 3 minggu (hukum kuasa 3). Etiologi kolik yang tidak dikenali ini disifatkan oleh muka berkerut, menarik kedua-dua kaki dan kerap kentut. Ia sering berlaku pada waktu sama setiap hari, di mana pada waktu lain bayi tersebut kelihatan sihat belaka.

anak sering menangis

Teknik-teknik Untuk Menenangkan Si Manja

  • Alunkan irama merdu yang melegakan atau menyanyi kepada bayi
  • Dukung dan mengayunkannya perlahan-lahan
  • Berjalan
  • Aksi getaran lembut seperti menaiki kereta
  • Membedung, tetapi lebih berkesan jika bayi tersebut telah dibedung pada minggu-minggu pertama kelahiran

Tetapi awas, elakkan teknik menenangkan bayi yang merbahaya seperti menggoyang-goyangkan bayi atau meletakkan bayi pada pengering baju yang bergetar kuat.

1914469

Cara Memastikan Bayi Tidur Nyenyak Sepanjang Malam

Persiapkan bayi anda dalam keadaan selesa, dengan baju dan seluar yang tidak terlalu ketat dan ruang pengudaraan yang elok – tidak terlalu sejuk atau tidak terlalu panas.

Pastikan bayi kenyang sebelum ke kamar tidur.

Boleh juga gunakan katil bayi (baby cot) bagi mengasingkan bayi dan memberikannya ruang yang selesa.

Bagi bapa yang kuat berdengkur, boleh cuba mencari jalan untuk mengurangi bunyi dengkuran di waktu malam. Mungkin bayi senang terkejut dan tidak dapat tidur dengan nyenyak.

1686597

Nasihat Untuk Mereka Yang Menjadi Ibubapa Buat Pertama Kali

Tentu berdebar untuk menghadapi detik-detik pertama dengan bayi. Namun, jangan risau dan jangan panik.

Pertama sekali, ambil tahu corak biasa bayi anda menangis. Jadi, kalau bayi menangis dengan menampakkan ciri-ciri diluar kebiasaan, bolehlah anda mengambil tindakan tertentu untuk mengatasinya.

Tidak salah sebenarnya untuk membenarkan bayi anda menangis mengikut had biasanya. Tapi barangkali anda tertanya-tanya – apa itu had biasa? Ia berbeza mengikut bayi, tetapi naluri anda sebagai seorang ibu pasti dapat menjawabnya.

Anda juga perlu merancang secara realistik tentang bagaimana untuk menguruskan bayi anda sekiranya si manja menangis. Tingkatkan sentuhan dengan bayi anda dan belajar untuk membaca gerak-gerinya dan tanya diri anda jika anak anda menangis disebabkan lapar, tidak selesa, bosan, penat atau sebab lain.

Baby girl crying

Dapatkan Nasihat Pakar

Akhir sekali, bawakannya berjumpa doktor jika bayi anda didapati menangis secara keterlaluan dan tidak boleh ditenteramkan walaupun telah mencuba pelbagai teknik yang dikongsikan di atas. Dapatkan nasihat daripada pakar di dalam situasi sebegini, dan usah berlengah lagi.

Untuk membuat temujanji dengan mana-mana Pakar Kanak-Kanak di DEMC Specialist Hospital, sila layari laman web http://demc.com.my/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×