Perjalanan pulang ke kampung untuk menziarahi jenazah ibu di Kelantan, menjadi pengakhiran kehidupan seorang anak apabila maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 74, Jalan Air Sejuk, Setiu di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi itu, Nadia Fizatul Hanim Zamani, 23, berasal dari Kelantan dilaporkan mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Baca juga: ‘Nak Pergi Jauh’-Tak Sangka Petanda Alisha Nak Pergi Selamanya…
ANAK MAUT DALAM PERJALANAN MELAWAT JENAZAH IBU
Menerusi laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata mangsa dan suaminya, Muhamad Nazirul Rameli berusia 23 tahun dalam perjalanan pulang dari Johor ke Machang, Kelantan menaiki Perodua Kancil.
Nurul Asiah Yaacob yang merupakan ibu saudara mangsa mengakui tidak sedap hati apabila panggilan telefon tidak dijawab dan pergerakan ‘live location’ juga sudah terhenti.
Pasangan itu bertolak dari Johor jam 6 petang semalam selepas dimaklumkan ibu Nadia, Nurul Ainun Yacob, 45, meninggal dunia kira-kira jam 5.45 petang di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai akibat penyakit buah pinggang tahap empat.
“Setibanya di Gambang, Nadia memberitahu mereka singgah berehat di sebuah stesen minyak kerana berasa pening disebabkan alahan mengandung yang baru memasuki tiga minggu,” jelasnya.
Nadia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pasangan itu baru melangsungkan perkahwinan pada 17 Oktober lalu.
Jenazah ibu Nadia sepatutnya dikebumikan selepas zuhur tetapi ahli keluarga mengambil keputusan untuk mengebumikan dua beranak itu serentak setelah selesai bedah siasat di Hospital Setiu.
“Alhamdulillah, pengebumian adik dan anak saudara saya lancar. Mereka dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ajil pada jam 3.15 petang,” katanya.
Sumber: BH Online