Famili

Anak Ekzema Sampai Kulit Merekah, Ibu Tekad Jaga Pemakanan Sampai Turun 11KG

67
SHARES

Ekzema biasanya terjadi pada bayi atau kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Ekzema akan menyebabkan radang pada kulit, bengkak, gatal dan ruam merah. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Hal ini sama seperti perkongsian seorang bapa di laman Facebook yang bercerita mengenai anaknya yang menghidap ekzema serta kesabaran isteri tercinta menjaga si kecil sehingga berat badan turun sebanyak 11kg. Ikuti kisah inspirasi di bawah dan menyentuh hati. Alahai….

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Turun Terumun Rawat Ekzema Guna Buah Pinang

ANAK EKZEMA SAMPAI KULIT MEREKAH, IBU TEKAD JAGA PEMAKANAN

Tadi ada orang tanya tentang proses penyembuhan eczema anak saya, Saeed. Alhamdulillah dia sembuh sepenuhnya dari eczema ketika umur 1 tahun 5 bulan. Sekarang umurnya dah 5 tahun. Tak pernah datang semula eczemanya. Saeed mula naik eczema masa umur 2 bulan. 

Kami jumpa beberapa doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed. Yang kelakarnya ada doktor pakar A menyalahkan doktor pakar B sebab bagi ubat yang tak sesuai, katanya bayi tak elok guna ubat tersebut, bahaya. Dua-dua doktor pakar kulit. 

Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect. Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level. Begitulah yang biasanya berlaku kepada pesakit eczema, sentiasa kena naikkan dos steroid. 

Yang peliknya, doktor kata ubat steroid tak elok guna lama lebih dua minggu, tapi setiap kali appointment dengan doktor yang sama, dia bagi ubat steroid bersambung-sambung. Ada orang dah guna steroid bertahun-tahun. 

Bila rawatan hospital didapati hanya berkesan sekejap sahaja malah lebih teruk selepas itu, maka kami cuba rawatan aliran natural. Hanya guna ubat natural sahaja dan jaga pemakanan. Kami dah baca bila berhenti ubat steroid eczema akan mengamuk jadi sangat teruk. Kami bersedia. 

Kalau tengok gambar Saeed yang eczema teruk ni berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur. 

TAK PUTUS ASA, GUNA KAEDAH PEMAKANAN PULA

Isteri saya Widyana Ali ada terbaca kisah pengidap eczema dewasa yang dah guna ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi.

Kemudian doktor cakap eczemanya dah tak boleh sembuh. Tapi dia tak putus asa, dia berhenti steroid dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh. 

Bila baca kisah orang sembuh eczema dengan jaga pemakanan dan kaedah ubat natural, Widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca, sangat banyak. 

Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari pada tahun 2018 dan 2019. 

Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang. 

Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli keledek Cilembu dari Indonesia. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je. 

Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamin tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok. 

Ada doktor kata pemakanan ibu yang menyusu tak memberi kesan kepada anak eczema. Malah doktor perli kami sebab amalkan diet gluten free. Dia kata tak perlu lah ikut trend. Nasib baik kami tak ikut nasihat nasihat doktor tu. 

Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi Mama Saeed tetap istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg. Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg.

Alhamdulillah berjaya, saya suka Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczema Saeed. Dapat banyak ilmu dan network. Selain pemakanan dan guna ubat natural kami juga selalu jemur Saeed bawah cahaya matahari setiap pagi. Alhamdulillah setiap pagi saya berjemur bersama Saeed tanpa gagal. 

Yang sedihnya ramai yang kami dapati anak mereka tak sembuh eczema dah bertahun-tahun. Malah kami dulu pun ada doktor bagitau “tak apa jangan risau nanti eczema akan sembuh bila anak dah sekolah rendah” 

Ya Allah eczema seminggu pun dah nampak azabnya. Tak kan lah nak tunggu anak umur lebih 8 tahun baru sembuh, lagi terseksa.  Sekarang sangat ramai anak-anak yang kena eczema. Semoga Allah menyembuhkan eczema mereka semua. 

Sumber: Facebook Mohd Yazid Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×