Famili

“Tingginya Bella!”- Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Kongsi Ukur Ketinggian Anak, Macam Model!

2
SHARES
anak dr sheikh muszaphar

Siapa yang tidak mengenali figura hebat Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, isterinya Dr.Harlina serta anak-anaknya yang sering menunjukkan kebolehan yang hebat. Bukan sahaja mengikut contoh ayah dan ibu dari segi akademik malah anak Dr Sheikh Muszaphar juga mempunyai genetik ketinggian yang mengagumkan.

Jom kita tengok berapa agaknya ketinggian anak-anak kepada angkasawan negara ini!

Baca juga: ‘Laju Betul Tulis Jawapan!’- Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Jadi Genius Matematik

TINGGINYA ANAK DR SHEIKH MUSZAPHAR!

anak dr sheikh muszaphar

Hasil perkahwinan pada tahun 2010, Dr.Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina dikurniakan tujuh orang anak iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, kembar lelaki berusia lima tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia yang dilahirkan pada November 2020 dan Baby M pada 12 Julai 2023.

Menariknya, Dr. Sheikh Muszaphar dalam perkongsian video terbaharu di laman Tiktok berkongsikan beliau mengukur ketinggian anak-anaknya dan dijadikan sebagai rutin. Paling mengujakan adalah ramai dalam kalangan netizen tidak menyangka bahawa ketinggian anak-anak beliau seperti orang dewasa!

1.Bella- 173 cm
2.Tasha- 153cm
3.Adam- 126cm
4.Noah- 130cm
5.Eusoff- 106cm
6.Emelia- 103cm
7.Baby M- 79cm

PENGARUH GENETIK 80%

Lantas, ramai dalam kalangan netizen bertanyakan kepada Dr. Sheikh Muszaphar tentang bagaimana dan tips untuk mendapatkan anak yang tinggi. Malah, ada juga dalam kalangan netizen yang ingin mengetahui tips tinggi untuk diri sendiri.

“Doc boleh share diet pemakanan dan aktiviti anak-anak supaya tak bantut?” 

“Alamak acik dah 36 tahun tapi sama tinggi dengan Tasya je. Dr, amalan pemakanan macam mana ya dapat menggalakkan ketinggian anak-anak? Saya bukan dari keturunan rendah-rendah actually. Adik, pak cik saya mostly 180 cm ke atas.”

Menjawab persoalan ini, Dr. Sheikh Muszaphar menyatakan banyak faktor yang mempengaruhi ketinggian seseorang seperti genetik , pemakanan , hormon, sukan dan aktiviti seharian.

@drsheikhmuszaphar #height #kids ♬ ANAK THAI STYLE 2024 – Djremix Thai ᵡ᷼ᵡ

*Jadi, ayuh semua kita amalkan gaya hidup sihat bermula hari ini, mana tahu esok lusa dah ada perubahan pada ketinggian!

Baca juga: Anak Lelaki Tanya Kenapa Kemaluan ‘Keras’ Waktu Pagi, Ini Jawapan Kena Standby!

Sumber: Tiktok @drsheikhmuszaphar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×