Famili

Anak Cemerlang, Akhlak Gemilang! SRI Tahfiz Nadi Lahirkan Huffaz Berkualiti.

9
SHARES

Sejak mula beroperasi pada tahun 2017, Sekolah Rendah Integrasi (SRI) Tahfiz Nadi, Kingfisher telah menjadi pilihan utama bagi ibu bapa yang menginginkan pendidikan berasaskan nilai-nilai Islam khususnya hafazan Al-Quran di samping kurikulum akademik untuk anak-anak.

Dengan hanya tujuh murid darjah satu sebagai “pilot project” pada awal penubuhannya, sekolah ini telah berkembang pesat dan membuktikan komitmennya dalam mendidik generasi muda.

Ini juga menjadi antara sebab SRI Tahfiz Nadi Kingfisher adalah pilihan terbaik untuk anak-anak.

1. Pendidikan berasaskan nilai-nilai Islam

SRI Tahfiz Nadi Kingfisher memberikan pendidikan yang berasaskan nilai-nilai Islam. Dengan kurikulum yang seimbang antara akademik dan agama, mereka akan memastikan anak-anak bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga memiliki akhlak yang mulia.

Di sini, anak-anak diajar untuk menghargai dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

2. Fokus pada hafazan Al-Quran

Salah satu misi utama SRI Tahfiz Nadi adalah memastikan setiap murid mampu membaca dan menghafaz Al-Quran dengan tartil dan tajwid yang betul.

Program hafazan yang terstruktur dengan bimbingan daripada guru-guru yang berpengalaman juga memastikan anak-anak dapat menghafaz Al-Quran dengan baik seawal usia sekolah rendah.

Ini selaras dengan slogan ‘Satu Keluarga, Satu Huffaz’ serta visi sekolah itu untuk menjadi pusat pendidikan Al-Quran yang berkualiti tinggi.

3. Komitmen terhadap kecemerlangan tinggi 

Bukan itu saja, SRI Tahfiz Nadi Kingfisher juga berkomitmen untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi yang seimbang antara Al-Quran akademik, jasmani, dan rohani.

Mereka juga percaya bahawa pendidikan yang holistik adalah kunci untuk membentuk generasi yang unggul dan seimbang.

Jom bersama realisasikan impian generasi Al-Quran di SRI Tahfiz Nadi!

Dengan pendekatan pendidikan hafazan Al-Quran & akademik yang berkualiti berasaskan nilai-nilai Islam, SRI Tahfiz Nadi Kingfisher adalah pilihan terbaik untuk masa depan anak-anak anda.

Jadi, jom sertai SRI Tahfiz Nadi dan daftarkan anak anda menjadi hafiz/hafizah pertama di rumah anda hari ini bagi membantu mereka dalam mencapai potensi penuh mereka, menjadi generasi yang cemerlang dalam akademik dan teguh  dalam iman. Bersama capai aspirasi ‘Satu Keluarga, Satu Huffaz’.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang mereka di SINI atau melalui Facebook.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×