Inspirasi

Ambil Pekerja Dari Kalangan Anak Autisme, Hasrat Murni Kafe Bapa Ini Dapat Pujian Orang Ramai

151
SHARES

Selari dengan perkembangan teknologi semasa, ramai juga dalam kalangan rakyat Malaysia yang sudah membuka ruang perkerjaan yang lebih luas untuk golongan yang mempunyai kebolehan istimewa seperti anak-anak Autisme. Selepas Starbucks dan McDonald’s yang membuka peluang pekerjaan untuk orang kelainan upaya khususnya pekak dan bisu, kini ada pula satu kafe di Puchong yang mengambil anak-anak Austime sebagai pekerja.

AUTISM CAFE PROJECT TARIK PERHATIAN ORANG RAMAI

The Autism Cafe Project ini dibuka pada bulan Ogos tahun lepas oleh seorang ayah yang mempunyai anak autisme iaitu Encik Mohd Adli Yahya. Beliau merupakan bekas pengarah eksekutif Standard Charterd Foundation.

Idea untuk membuka kafe ini tercetus selepas anaknya telah disahkan mengalami autisme. Hal ini membuatkan beliau sebagai seorang ayah berfikir tentang masa hadapan anaknya dan juga anak-anak austisme yang lain terutamanya berkenaan hal pekerjaan. Beliau kemudiannnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan kafe khas untuk anak-anak autisme mencari peluang pekerjaan.

Sumber foto: The Star

Di kafe ini juga, bilangan remaja autisme yang bekerja adalah seramai 6 orang, dalam lingkungan umur 17-21 tahun dan pengusaha kafe sudah bekerjasama dengan pihak JKM Subang untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM350 setiap bulan. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai buddy system dimana dapat melatih dan mengajar anak-anak supaya lebih mahir dan dan dapat membuat kerja dengan sendiri dengan lebih efisien.

Salah seorang aktivis terkenal juga berkongsi di laman Facebooknya mengenai perusahaan kafe yang dimiliki oleh Encik Adli ini dimana beliau mendapat pujian ramai dan boleh dijadikan contoh.

JUAL PELBAGAI MAKANAN MENARIK

Kafe ini terletak di lokasi iM4U Sentral in Taman Perindustrian Puchong dan dibuka pada jam 8.30 pagi, Isnin hingga Jumaat. Kafe ini bukan sahaja unik kerana mempunyai staff atau pekerja terdiri daripada anak-anak autisme, malah mereka menyajikan sajian tradisional, pastri seperti cookies dan kek. Bukan itu sahaha, perkhidmatan katering juga turut disediakan bagi anda yang berminat.

Buat anda yang suka terlibat dalam program kebajikan, kafe ini juga turut menjual barangan merchandise dan sumbangan akan dibawa ke tabung kebajikan.

*Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke kafe ini supaya anda dapat mengubah persepsi mengenai anak-anak autisme yang ternyata bijak dan sangat istimewa.

Sumber : Autism Cafe, Syed Azmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×