Famili

Anak Anda Ada Bakat Melukis? Lukisan Mereka Bakal Dicetak Pada PPE & Dipakai Oleh Para Petugas Kesihatan Di Seluruh Malaysia!

3.9K
SHARES

Kebanyakan kanak-kanak harini suka melukis dan ibu bapa juga perlu menggalakkan mereka melakukan aktiviti seperti ini. Apabila kanak-kanak melukis, mereka sedang belajar cara berkomunikasi dan secara tidak langsung, aktiviti ini juga dapat meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak untuk menghasilkan karya seni yang baik dan cantik.

Haa…ada berita baik lah! Kalini Susu Goodday telah menganjurkan peraduan melukis tau sempena memperingati Hari Kanak-Kanak Sedunia. Paling menarik, lukisan yang terpilih nanti bakal dicetak pada Peralatan Pelindung Diri (PPE) dan ia akan dipakai oleh para barisan hadapan di seluruh Malaysia. 

Bukan itu saja, setiap pemenang bertuah juga akan menerima dana pendidikan bernilai RM10,000! Kalau nak tahu caranya, jom kami kongsikan.

Terbuka kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun

Susu Goodday hari ini mengumumkan pelancaran peraduan Goodday’s Happee PPEs dimana mereka bersama-sama dengan Entropia mengemukakan idea untuk mengadakan peraduan melukis ini.

Peraduan ini berpegang kepada idea ‘Give Good, Get Good‘dan ia bertujuan untuk memberikan senyuman kepada anak-anak yang dirawat di hospital, dengan menjadikan pakaian PPE lebih ceria dan mesra melalui lukisan kanak-kanak. 

Peraduan ini bermula dari 25 Oktober hingga 14 November 2021 dan ianya terbuka kepada kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 12 tahun.

Jadi, buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur sekitar itu, bolehlah cuba ajak mereka untuk sertai! Mungkin melalui peraduan ini, anak-anak anda berpeluang untuk menunjukkan bakat yang mereka ada.

Macam mana nak join? Mudah saja, ikut langkah dibawah!

Apa yang anda perlu buat untuk sertai peraduan Goodday’s Happee PPEs ini adalah, hantarkan saja gambar lukisan anak anda di ruangan komen di post Facebook Susu Goodday (link will be inserted). Selain itu, anda juga boleh memuat naik gambar lukisan anak anda di Instagram, dan menetapkan profil anda kepada umum. 

Jangan lupa untuk memasukkan hashtag #GooddayMilkMalaysia dan #GooddayHappeePPes di posting anda ya. Nanti senang lah mereka nak cari pemenang kan?

Pada akhir tempoh peraduan, para juri akan memilih tiga lukisan pemenang dan hasil karya anda akan dicetak pada PPE dan diedarkan ke hospital yang berbeza merentasi Malaysia. Setiap pemenang bertuah juga akan menerima dana pendidikan bernilai RM10,000. Wah, seronoknya!

Jom ajak anak-anak anda untuk serlahkan bakat melalui lukisan mereka!

Kalau anda nak tahu, tujuan sebenar Susu Goodday melakukan kempen dan peraduan ini adalah untuk mengelakkan perspektif kanak-kanak bahawa memakai PPE adalah satu penampilan yang menakutkan dan membuatkan mereka mengalami trauma untuk berjumpa dengan para barisan hadapan. 

Susu Goodday berharap dengan inisiatif ini, ia dapat memberi peluang kepada anak-anak kita untuk menyuntik semangat dan keriangan dalam diri kanak-kanak lain yang sedang dirawat di hospital dengan mengubah imej pakaian PPE ini untuk kelihatan lebih mesra.

Susu Goodday juga berhasrat untuk melangkaui peranan sebagai susu jenama kegemaran warga Malaysia dan menggalakkan rakyat untuk menyebarkan semangat positif dalam masa yang mencabar ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen berinovasi Susu Goodday seperti ini, boleh ikuti laman Facebook Susu Goodday Malaysia dan Instagram mereka. Jadi tunggu apa lagi? Jangan lupa ajak anak-anak anda untuk serlahkan bakat mereka melalui lukisan dalam peraduan Goodday’s Happee PPEs ini.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×