Terapi

Amalan Tidur ‘Qailullah’ Bantu Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

88
SHARES

‘Ya Allah, mengantuknya hari ni, baru pukul 12..lambatnya nak balik..”

Bila mengantuk ketika di pejabat, kita akan tahan saja mata kan? Lagi-lagi waktu tengah hari, mengantuknya lain macam! Nak tidur sekejab kerja banyak nak disiapkan. Terpaksalah tahan mata sampailah waktu lunch. Bila waktu lunch, perut pula dah berbunyi mintak diisi, terus hilang rasa mengantuk.

Foto: iStock

Tapi, tahukah anda tentang kepentingan tidur sekejab atau Qailullah sebelum zohor? Adakah anda mengamalkannya? Jika anda tidak mengamalkannya, mungkin selepas mengetahui manfaatnya anda akan mulakan Qailullah setiap hari.

Nora amalkan tidur sekejab sebelum zohor

Baru-baru ini penyanyi terkenal Nora Ariffin telah memuat naik satu posting dilaman Instagramnya berkongsikan amalannya mengamalkan Qailullah.

Petang-petang begini ada yang suka Qailullah tidur sekejab ‘sebelum’ zohor. Lepas zohor, sambung berzikir… Amalan ahli ibadah zaman-zaman dahulu. Mungkin sekarang dah jarang kot. Lepastu minum teh.

4 Perkara Mengenai Qailullah

1. 1 minit Qailullah bersamaan 45 minit waktu tidur malam

Qailulah (القيلولة) bermaksud tidur sebentar pada pertengahan siang hari selama 20 hingga 30 minit sebelum masuknya waktu solat Zohor. Kalau anda nak tahu,  1 minit Qailullah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

2. Memudahkan untuk bangun malam

Qailullah pada waktu tengah hari akan memudahkan anda untuk bangun malam dan berqiamulail. Ini kerana, tidur sebentar ini bukan sahaja dapat memperbetulkan kualiti tidur seseorang malah ia memberi kesegaran yang sama seperti sebelum kita tidur, pada tahap neuro-kognitif.

Foto: jobkartel.com

3. Manusia perlu rehat 6 hingga 8 jam

Menurut kajian, manusia perlu berehat setelah 6 hingga 8 jam berjaga. Kebiasaannya, kita sebagai umat Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh. Jika dikira dari waktu Subuh hingga jam 12 tengah hari, ia sudah cukup 7 hingga 8 jam kita berjaga. Jadi, Qailullah amat sesuai dengan fitrah badan manusia.

4. Perubahan mendadak

Menurut pengamal Qailullah, sebaik bangkit dari Qailullah, anda mungkin akan rasa pening sedikit selama 5 hingga 20 minit. Tetapi, selepas itu, anda akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Sabda Rasulullah SAW

Riwayat ai-Tabrani:

“Lakukanlah Qailullah kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailullah.”

Hadis juga ada menyebut:

“Syaitan tidak melakukan Qailullah, oleh itu orang-orang mukmin yang melakukan Qailullah atau tidur sejenak sebelum Zohor selama 10 hingga 40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.”

Waktu tidur yang dilarang dalam Islam

Mungkin semua daripada anda sudah tahu, ada waktu yang tertentu dilarang tidur dalam Islam kan? Waktu tersebut ialah Hailulah dan Ailulah.

Hailulah adalah tidur sehabis solah Subuh. Tidur selepas Subuh dilarang kerana dapat menghalang kita daripada mendapat rezeki yang Allah turunkan pada pagi hari.

Manakalah, Ailulah pula tidur selepas melaksanakan solat Asar. Waktu ini dilarang kerana ia membolehkan anda dijangkita pelbagai jenis penyakit seperti gila, sesak nafas, gelisah dan murung.

Kesimpulannya, tidak kiralah anda seorang yang bekerjaya mahupun suri rumah, anda boleh Qailullah untuk mendapatkan kesegaran badan yang berpanjangan.

Most Popular

To Top