Nur

6 Amalan Sunat Menghidupkan Malam Raya Aidilfitri Di Rumah

19
SHARES

AMALAN SUNAT MALAM RAYA

Bagaimana cara menyambut Hari Raya Aidilfitri dan menghidupkan malam Hari Raya dengan amalan-amalan yang selari dengan sunnah?

Dalam sebuah artikel oleh Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, cara yang paling baik untuk menutup lembaran Ramadhan adalah dengan perkara-perkara ketaatan seperti solat berjemaah, solat sunat, membaca Al-Quran, bertasbih, istighfar, bertakbir dan sebagainya.

Di sini dikongsikan beberapa amalan sunat malam raya yang boleh dijadikan panduan:

6 Amalan Sunat Malam Raya & Menghidupkan Hari Raya Aidilfitri Di Rumah

1. Solat Berjemaah

Hadirlah solat berjemaah di masjid atau surau khususnya solat isyak dan subuh.

Imarahkan dan meriahkan rumah Allah dengan ibadah.

Jadikan sepertimana di bulan Ramadhan.

2. Bertakbir

Hiasilah malam hari raya dengan bertakbir. Inilah syiar yang perlu sentiasa diamalkan dan jangan ditinggalkan.

Menurut 1 Hari 1 Hadis, terdapat sebuah hadis yang berbunyi:

عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ

Daripada Hafshah RA daripada Ummu Athiyyah berkata,

“Pada hari Raya Aidil kami diperintahkan untuk keluar sehingga kami mengajak anak-anak gadis dari biliknya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbir laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut.” (Sahih Bukhari No: 298) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

3. Solat Malam

Bangun 1/3 malam dan lakukan solat sunat. Penuhkan dengan ibadah-ibadah ketaatan yang lain seperti membaca Al-Quran, berzikir, bertasbih dan berdoa.

4. Mohon Keampunan

Mohon pada Allah agar Allah memberikan pengampunan dan berdoa agar dipertemukan kembali dengan Ramadhan yang akan datang.

5. Memenuhi Masa Dengan Perkara Berfaedah

Jangan cemari malam hari raya dengan perkara-perkara yang lalai dan tidak mendatangkan faedah.

Walaupun tahun ini kita tidak dapat berhimpun beramai-ramai seperti biasa di masjid atau surau, namun jadikan perhimpunan disatu sudut dalam rumah kita untuk bertakbir dan menunaikan solat sunat hari raya bersama keluarga.

6. Bersedekah Antara amalan lain Rasulullah di pagi hari raya adalah bersedekah.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا

Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW melaksanakan solat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian baginda mendatangi para wanita dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting dan kalungnya.” (Sahih Bukhari No: 921). Dar Ibn Kathir.

Status: Hadis Sahih

Baca juga: 10 Doa Pilihan Daripada Al-Quran & Hadis 

Lain-lain Amalan Sunnah Pada Malam & Hari Raya Aidilfitri

Berikut dikongsikan Nota Panduan Ringkas Solat Sunat Aidilfitri Beserta Amalan-amalan Sunat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS):

amalan sunat malam raya aidilfitri

Muat turun PDF di sini: https://www.jais.gov.my/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×