40 Minggu

Ibu Kongsi Apa Yang Diamalkan & Makan Ketika Mengandung, Penting!

2
SHARES

Apabila disahkan hamil, seorang ibu pasti mula mencari makanan atau suplemen kesihatan yang sesuai untuk diri sendiri dan juga bayi dalam kandungan. Selain mengamalkan gaya hidup sihat, ibu-ibu perlulah memastikan apa yang dimakan bersesuai dan tidak membahayakan kandungan.

Oleh itu, ibu-ibu di luar sana boleh mencuba atau mengamalkan apa yang dikongsi oleh Puan Nadia semasa proses kehamilannya. Jom kita tengok.

Baca juga: Berapa Lama ‘Gap’ Untuk Hamil Lagi? Ini Jawapan Pakar

IBU KONGSI APA YANG DIAMALKAN & MAKAN KETIKA MENGANDUNG

Berikut merupakan 7 jenis amalan dan makanan yang dititikberatkan oleh Puan Nadia. Tak salah kalau anda juga mahu mencuba.

1. FOLIC ACID

Masa dah kahwin baru ambil folic acid ni rupanya lagi elok kalau ambil folic acid ni dari sebelum kahwin. Bila kita amalkan folic acid ni kita dah kurangkan risiko keguguran, membantu tumbesaran janin dengan sempurna terutamanya pada saraf tunjang.

2. GANILIA SOFT GEL

Masa 1st chekup buka buku kandungan 8weeks kot tak silap doktor bagi supplement ni, makan smpai Nuh lahir. Ganilia ni yang bagusnya bagi saya la Alhamdulillah rasa bertenaga sepanjang hari dan proses perkumuhan lancar.

Itu yang telan juga Ganilia ni walaupun besar, untuk pastikan semuanya okay dan anak dalam kandungan dapat nutrisi yang baik daripada saya.

3. ENFAMAMA A+

Yang best enfamama ni, ada versi suam dan sejuk so macam saya yang payah nak minum susu ni, beli flav coklat buat dengan air cold lepas itu shake-shake sahaja.

Enfamama ni lengkap nutrients. Ada acid folic, DHA, iron dan macam-macam lagi termasuk la ada prebiotic. So dengan harapan kandungan akan lebih sihat. Makanan harian pun tak ada la khasiat sangat, saya tak suka sayur.

4. PATI DELIMA

Sejak amal gulsan pati delima ni, high blood memang cantik tak pernah low time pregnant Nuh lepastu tak ada masalah loya, muntah, mual, pening serta untuk mencantik dan menggebukan kulit bayi.

5. AIR KELAPA

Kandungan 8 bulan kot baru start minum air kelapa ni tiap-tiap hari. Banyak khasiatnya. Time Nuh keluar bersih tak ada banyak lendir or darah melekat dekat dia.

6. KAPSUL KELAPA

Siapa yang tak boleh minum minyak kelapa tu, beli yang kapsul macam ni. Orang kata untuk memudahkan proses bersalin, saya contraction 2j am je dari 4cm ke 10cm. Sapu juga dekat jalan bawah. Saya baru ambil ni masuk 8 bulan. Ambil awal lagi elok.

7. BUAH-BUAHAN

Ini memang fav kita masa pregnant Nuh. Banyak-banyak makan anggur untuk elakkan baby kuning. Nuh memang tak kena kuning.

Alhamdulillah lahirlah putera kami dengan sempurna. Bertabah dan berdoa jangan putus asa. Sentiasa percaya rezeki itu akan sampai bila tepat waktunya. InshaAllah.

Sumber: Facebook Nadia Ahmad Jani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×