Hebahan

Aliran Sains & Sastera Dimansuhkan, Pelajar Tingkatan 4 Bebas Pilih Subjek-Dr Maszlee

2.2K
SHARES

“Adik nanti nak ambil aliran mana? Sastera ke Sains?”

Setiap pelajar yang sudah menjawab peperiksaan PT3 atau nama dulunya PMR dikehendaki memilih aliran yang diminati sama ada sains atau sastera. Kebanyakannya ramai yang beranggapan mereka di aliran sains lebih susah berbanding subjek sastera. Oleh itu, Dr Maszlee, Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa tiada lagi aliran sains atau sastera untuk pelajar-pelajar.

BEBAS PILIH SUBJEK

Dengan melaksanakan sistem ini, pelajar tidak perlu memilih aliran sains atau sastera lagi kerana sistem yang sedang digunakan sekarang pelajar yang berbakat dalam bidang seni terpaksa mengambil aliran sains kerana tiada pilihan lain. Begitu juga mereka yang minat untuk belajar sains tapi terpaksa memilih sastera.

BOLEH PILIH SUBJEK DIMINATI MULA TAHUN DEPAN

Mulai tahun depan, Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan telah mengumumkan di dalam parlimen untuk memulakan sistem baru dimana pelajar wajib mengambil 5 subjek elektif dan beberapa lagi subjek yang diminati seperti kejuruteraan, mathematik tambahan dan banyak lagi. Jadi, mereka akan bebas memilih subjek mengikut minat mereka.

MENDORONG KEUPAYAAN & KESESUAIAN PELAJAR

Menurut Teo, sistem baru ini lebih sesuai dan lebih mengasah keupayaan pelajar juga kemudahan di setiap sekolah. Dr Maszlee juga berkata sistem yang digunakan sekarang mengasingkan pelajar berdasarkan keputusan PT3 mereka yang juga mungkin menghalang mereka untuk meneruskan di aliran yang mereka minat.

Walau bagaimana pun, kementerian tidak akan tergesa-gesa dalam melaksanakan sistem ini tanpa mengkaji dengan lebih mendalam.

*So macam mana? Rasanya sistem baru ni mesti lebih efisyen kan?

Sumber: Says, The Star

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×